Citigroup keluar dari pasaran pengguna Malaysia: Kesatuan bimbang nasib & masa depan pekerja

Susulan pegumuman pada Khamis lalu bahawa Citigroup Inc akan keluar dari francais penggunanya di Malaysia, ia telah mencetuskan kebimbangan tentang masa depan pekerja bank itu di negara ini.

Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (Nube), J Solomon berkata pihak bank berkenaan gagal menghubungi Nube sebelum membuat pengumuman tersebut dan tidak menggambarkan secara jelas mengenai masa depan pekerjanya.

Oleh itu, Nube menggesa pihak Bank Negara Malaysia (BNM) supaya campur tangan bagi pihak pekerja, rentetan dengan tindakan Citigroup berkenaan.

“Dalam membuat pengumuman ini, Citibank telah meninggalkan banyak persoalan yang belum dijawab, terutama nasib pekerjanya yang berkhidmat dengan tekun di tujuh ibu pejabat dan cawangan Citibank selama lebih 60 tahun di Malaysia,” katanya, petikan dari laporan Malaysiakini.

Sebelum ini, Citigroup Inc telah membuat keputusan untuk keluar dari dari francais pengguna di 12 negara termasuk Malaysia, dan akan mengendalikan francais perbankan pengguna di Asia dan Eropah, Timur Tengah dan Afrika hanya dari Singapura, Hong Kong, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan London.

Selain Malaysia, 12 negara lain termasuklah Australia, Bahrain, China, India, Indonesia, Korea Selatan, Filipina, Poland, Rusia, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Dalam masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Citi Malaysia, Usman Ahmed berkata Citi telah berada di negara ini selama lebih 60 tahun dan pengumuman keluar itu tidak akan menjejaskan komitmen jangka panjangnya terhadap Malaysia atau rantau Asia Pasifik.

“Dengan penempatan semula yang strategik ini, kami akan dapat terus melabur sumber dalam perniagaan institusi yang berkembang dengan pesat di Malaysia.

“Selain itu, pusat penyelesaian Citi kami di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang juga kekal sebagai hab operasi yang sama pentingnya untuk Citi, yang mana kami melakukan jutaan transaksi kewangan bernilai lebih AS$29 trilion setahun untuk lebih 50 negara di seluruh dunia, katanya, seperti dilaporkan Bernama.

Citigroup inc di Los Angeles. Gambar: The Edge Markets.

Akan tetapi, bagi Nube – Usman masih belum memberikan komen berkenaan keselamatan pekerjaan jangka panjang kakitangannya, susulan dari tindakan bank itu keluar dari negara ini.

“Sebaliknya, dia hanya memberikan pernyataan yang kabur bahawa tidak akan ada perubahan segera terhadap persyaratan kakitangan, yang tidak menenangkan para pekerja, kerana prospek masa depan mereka dengan bank itu tidak meyakinkan,” kata Solomon, petikan dari Malaysiakini.

Untuk maklumat, Citi mempunyai 10 buah cawangan di Malaysia dengan 6 darinya di Lembah Klang, dua di Pulau Pinang serta masing-masing satu di Melaka dan Johor.

Kumpulan itu juga mempunyai lebih 5,000 pekerja di negara ini dengan menjadi penasihat kewangan dan bank transaksi untuk beberapa syarikat terbesar di Malaysia.

Sumber: Bernama & Malaysiakini.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…
Dividen telah diumumkan: Ini bantuan kewangan yang bakal diperkenalkan Tabung Haji

Dividen telah diumumkan: Ini bantuan kewangan yang bakal diperkenalkan Tabung Haji

Akhirnya penantian ramai pihak terjawab, apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad telah pun mengumumkan…