City-Link Express buka pelbagai kekosongan di beberapa buah negeri: Minima Diploma boleh memohon

Ditubuhkan sejak tahun 1979, City-Link Express telah menjadi salah sebuah syarikat kurier paling berjaya di Malaysia dan cukup dikenali di rantau ini. Dengan menyediakan perkhidmatan secara domestik dan antarabangsa, kini City-Link Express telah mengorak langkah di beberapa buah negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Hong Kong, China, Vietnam dan sebagainya.

Selaras dengan usaha untuk terus berkembang maju itu, kini City-Link Express telah membuka beberapa kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  1. Pengendali Cawangan (Branch In Charge) – Terengganu
  2. Pembantu Sumber Manusia – Shah Alam/Subang, Selangor
  3. Pembangun Perisian – Bandar Saujana Putra, Selangor
  4. Pembangun Xamarin Mobile – Bandar Saujana Putra, Selangor
  5. Pegawai Tuntutan (Claim Officer) – Shah Alam/Subang, Selangor
  6. Pembantu Sumber Manusia – Glenmarie, Selangor
  7. Pegawai QC Wilayah – Pulau Pinang
  8. Pengurus Wilayah – Melaka
  9. Latihan praktikal (Internship) – Bandar Saujana Putra, Selangor

 

Bagi kelayakan untuk jawatan-jawatan yang ditawarkan, ia terbuka kepada mereka dari peringkat Diploma hingga Ijazah Sarjana Muda, mengikut keketapan khusus syarat jawatan.

Cara memohon:

Bagi yang berminat, maklumat lanjut iklan jawatan boleh didapati DI SINI dan permohonan boleh dibuat di portal sama. Bagaimanapun, pemohon perlu mendaftar dahulu di portal berkenaan dan mengisi maklumat yang diminta, sebelum permohonan boleh dibuat.

Tempoh purata pemprosesan pemohonan adalah 17 hari.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…
Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…