Co-opbank Pertama buka pengambilan kakitangan baru. Pelbagai jawatan sedia dimohon

Bermula dengan nama asalnya – “The Province Wellesley Co-operative Banking Union Limited” pada 7 Jun 1950, ia kemudiannya bertukar nama kepada Bank Persatuan Kerjasama Seberang Perai pada tahun 1959. Berganjak ke tahun 1995, bank ini ditukar nama pula kepada Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad dan Koperasi Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad pada 2014.

Menjelang tahun 2018, ia sekali lagi membuat penjenamaan baharu dan sehingga kini dikenali sebagai Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad. Sesuai dengan visinya untuk menjadi Co-opbank Syariah Terunggul di negara ini, bank ini sentiasa komited bagi terus menyediakan perkhidmatan terbaik untuk setiap pelanggan dan anggotanya.

Bagi menuju ke arah itu, kini Koperasi Co-opbank Pertama Malaysia Berhad telah membuka beberapa kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  • Penolong Timbalan Presiden (AVP), Pentadbiran
  • Kerani Penaksir Ar-Rahnu
  • Ketua Unit Pemasaran dan Pembiayaan
  • Penolong Pengurus Cawangan

 

Bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan ini, syarat kelayakan adalah dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga Ijazah Sarjana Muda bergantung kepada keketapan jawatan. Taraf jawatan pula adalah sepenuh masa.

Cara memohon:

Kepada yang berminat dan berkelayakan, maklumat jawatan secara lebih terperinci boleh didapati di PAUTAN INI dan permohonan boleh dibuat dengan klik ‘Apply Now’ pada jawatan yang hendak dimohon. Tetapi, pemohon terlebih dahulu dikehendaki mendaftar di portal berkenaan dan mengisi maklumat yang diminta.

Purata tempoh proses permohonan adalah sekitar 28 hari bergantung kepada jawatan dan syarikat.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Mahasiswa merupakan aset penting negara yang bakal menerajui kepimpinan dan pembangunan masa depan. Golongan ini bukan sekadar penuntut ilmu di…