Dapat subsidi Kerajaan RM20,000: Syarat-syarat & cara memohon Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Dalam suasana yang penuh mencabar dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi ketika ini, adalah menjadi sesuatu yang sukar untuk sesebuah keluarga memiliki rumah sendiri atau rumah yang lebih baik.

Oleh itu, bagi meringankan beban mereka yang memerlukan Kerajaan telah memperkenal program Rumah Mesra Rakyat (RMR) bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang, tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Malah, setiap rumah yang dibina melalui program RMR akan menerima subsidi Kerajaan sebanyak RM20,000 sebagai salah satu usaha menurunkan kos pembinaan rumah terbabit.

Syarat-syarat kelayakan

Bagi yang berminat untuk memohon, mereka perlulah menepati syarat-syarat kelayakan berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas.
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000.
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang/tidak sempurna.
  • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada reka bentuk).
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan.

 

RMR juga datang dengan beberapa reka bentuk rumah, boleh semak DI SINI.

Cara memohon

Permohonan RMR hendaklah dibuat secara dalam talian (online) dan tatacaranya adalah seperti berikut:

  • Buka laman web: https://rmr.spnbonline.com.my/
  • Klik Pendaftaran Baru dan isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap.
  • Penerimaan Login ID dan kata laluan
  • Gunakan login ID (email) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR
  • Isi maklumat ke dalam sistem
  • Klik Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang
  • Memajukan borang berserta dokumen ke Pejabat SPNB Negeri yang berdekatan

 

Dokumen sokongan & tanggungjawab pemohon

Pemohon juga perlu menyediakan dokumen-dokumen sokongan bagi tujuan mengesahan seperti:

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  • Salinan geran hak milik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan/surat pengesahan pendapatan pemohon/pemohon kedua
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon
  • Borang laporan tapak bergambar

 

Bagi permohonan yang telah mendapat kelulusan RMR, pemohon perlu memastikan semua tanggungjawab ini dilaksanakan:

  • Perlu mengisi dan melengkapkan borang permohonan
  • Perlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan
  • Perlu menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
  • Perlu membuat penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan
  • Perlu membuka akaun bank bagi pembayaran balik bulanan

 

Untuk maklumat lanjut RMR, anda boleh layari LAMAN INI atau baca Risalah Program RMR.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…
Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Bantuan RM100 Dikreditkan Ke MyKad Fasa 2 Bulan Ini (Februari 2025): Ini Maklumat SARA 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Berdasarkan data terkini, kumpulan ini menghadapi pelbagai cabaran…
Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Bantuan RM800 Selesai Dibayar Bulan Ini (Februari 2025): Maklumat Penuh Penerima & Cara Bayaran

Musim tengkujuh kembali lagi, membawa hujan lebat, angin kencang, dan risiko banjir di banyak kawasan. Setiap tahun, ramai penduduk terkesan…