Dapat subsidi pembinaan RM20,000: Ini cara memohon Rumah Mesra Rakyat untuk golongan B40

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan untuk membina rumah sendiri, pihak kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperkenalkan sebuah program yang dikenali sebagai Rumah Mesra Rakyat (RMR).

RMR pada asasnya diwujudkan untuk membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan RMR: –

Ciri-ciri Rumah RMR

Konsep rumah RMR adalah sebuah rumah satu tingkat yang mempunyai tiga buah bilik tidur dan dua buah bilik air. Setiap rumah RMR juga akan menerima subsidi pembinaan sebanyak RM20,000.

Keluasan rumah dan harga bagi RMR pula adalah seperti berikut:

  • 1,000kps – RM75,000
  • 850kps – RM85,000
  • 750kps – bermula RM75,000

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas;
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000;
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna;
  • Tanah / tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan;
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk);
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan.

Cara Memohon

Kepada yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan RMR hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui Sistem RMR Online – DI SINI.

Berikut adalah tatacara membuat permohonan:

  • Layari Sistem RMR Online – DI SINI;
  • Klik ‘Pendaftaran Baru’ – Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap;
  • Terima kata laluan yang dihantar kepada pemohon;
  • Log masuk di ke laman utama;
  • Isi maklumat dalam sistem;
  • Klik selesai pendaftaran borang dan cetak borang;
  • Memajukan borang beserta dokumen ke Pejabat Cawangan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang berdekatan;
  • Maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan.

 

Bagi maklumat terperinci dan lengkap berkenaan RMR, sila rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…