Dapat subsidi RM20,000: Ini cara memohon Rumah Mesra Rakyat bina atas tanah sendiri

Di bawah Bajet 2022, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan bahawa kerajaan akan meneruskan projek-projek perumahan khususnya kepada golongan berpendapatan rendah seperti Rumah Mesra Rakyat (RMR).

RMR adalah sebuah program bina rumah yang diperkenalkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Ini adalah penjelasan tentangnya: –

Ciri-ciri Rumah RMR

Setiap RMR, ia akan dilengkapi 3 bilik tidur dan 2 bilik air, dengan keluasan rumah dari 1,000 KPS, 850 KPS, 750 KPS, dan 900 KPS.

Setiap rumah juga akan datang dengan subsidi pembinaan sebanyak RM20,000 dari pihak kerajaan. Untuk gambaran lebih jelas berkenaan cara pelanksaan RMR, boleh rujuk rajah di bawah:

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas.
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000.
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri/atau memiliki rumah usang/tidak sempurna.
  • Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk).
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan.

 

Syarat tambahan: Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 42 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-42 tahun diperlukan. Manakala, pemohon dari Sabah, Sarawak dan kawasan pulau yang melebihi 38 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-38 tahun diperlukan.

Dokumen-dokumen Diperlukan

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah.
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan).
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*.
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*.
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah.
  • Salinan sijil nikah pemohon.
  • Borang laporan tapak bergambar.

Cara Memohon

Bagi yang ingin memohon RMR, ia boleh dibuat secara atas talian (online) dengan tatacara berikut:

  • Langkah 1: Buka laman web RMR Online (DI SINI).
  • Langkah 2: Klik pendaftaran baru – isi borang pendaftaran login dengan lengkap.
  • Langkah 3: Penerimaan login id dan kata laluan – kata laluan akan dihantar kepada pemohon.
  • Langkah 4: Log masuk ke laman utama – gunakan login id (e-mel) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan rmr.
  • Langkah 5: Melengkapkan borang online – isi maklumat ke dalam sistem.
  • Langkah 6: Selesai mengisi borang online – klik selesai pendaftaran borang dan cetak borang.
  • Langkah 7: Majukan borang dan dokumen kepada SPNB – memajukan borang beserta dokumen ke pejabat cawangan SPNB yang berdekatan.
  • Langkah 8: Semakan dan penilaian oleh pihak spnb – maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan.

 

Selain itu, borang permohonan juga boleh diambil di di cawangan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan dimajukan kepada SPNB selepas permohonan dilengkapkan.

Untuk maklumat terperinci dan lengkap berkenaan RMR, rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA): Senarai penuh penerima RM1,200

Tarikh bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA): Senarai penuh penerima RM1,200

Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan kesejahteraan rakyat, terutama golongan yang memerlukan, melalui pelbagai inisiatif bantuan. Dari bantuan kewangan untuk keluarga…
Jawatan Kosong Besar-Besaran di RTM, ambilan Oktober 2024: Gaji RM1,549 hingga RM9,643

Jawatan Kosong Besar-Besaran di RTM, ambilan Oktober 2024: Gaji RM1,549 hingga RM9,643

Pada ketika ini, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawartan kosong yang dibuka. Pengambilan…
Pengambilan banyak jawatan kosong TNB Research: Minima Diploma, ambilan Oktober 2024

Pengambilan banyak jawatan kosong TNB Research: Minima Diploma, ambilan Oktober 2024

Pada ketika ini, TNB Research Sdn Bhd sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawartan kosong yang dibuka. Pengambilan…