Datang, jangan tak datang: Lebih 10,000 peluang pekerjaan ditawarkan di program kerjaya ni!

Selaras dengan usaha membantu rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan akibat hambatan pandemik Covid-19, Kementerian Sumber Manusia melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan menganjurkan Program Karnival Kerjaya UP Kementerian Sumber Manusia 2021 pada 12 APRIL 2021 ini.

Melalui program berkenaan, dijangka lebih 10,000 peluang pekerjaan ditawarkan, dengan seramai 30 majikan dari pelbagai industri.

Malah, program ini juga akan menyediakan pelbagai perkhidmatan lain merangkumi khidmat kaunseling kerjaya, klinik penghasilan resume & temu duga, kaunter sesi pendaftaran perniagaan (SSM), khidmat nasihat keusahawanan, kewangan dan latihan kerjaya, serta pendaftaran e- Kasih.

Maklumat lanjut program adalah seperti berikut:

  • Tarikh: 12 April 2021 (Isnin)
  • Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang
  • Tempat: Pusat  Komuniti Setiawangsa, Kuala Lumpur

 

Bagi memudahkan perjalanan, pihak penganjur juga menyediakan bas di stesen LRT berdekatan yang boleh dinaiki oleh para peserta.

Bagi yang berminat dan tidak mahu melepaskan peluang menghadiri Karnival Perkerjaan ini, pra-pendaftaran boleh dibuat secara atas talian di pautan: http://bit.ly//PROGRAMKUP.

Untuk maklumat lanjut tentang majikan yang terlibat dan jawatan-jawatan yang ditawarkan, boleh KLIK SINI.

Jadi apa tunggu lagi? Ayuhlah ramai-ramai ke sana, jangan lupa juga bawa saudara-mara, jiran tetangga dan rakan-rakan bersama. Yang penting, kita bantu kita!

* Nak beritahu: Di sana juga akan ada acara cabutan bertuah, nak menang – caranya cuma mendaftar je dengan program ni! 🎉

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…