Dewan Bahasa dan Pustaka adakan temu duga terbuka: Ini dokumen yang perlu dibawa

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mengadakan temu duga terbuka bagi mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat di organisasi berkenaan. Jawatan yang dibuka adalah Pekerja Sambilan Harian, di dalam kumpulan perkhidmatan Pengurusan dan Profesional serta Pelaksana. Tempat pekerjaan pula akan bertempat di DBP Kuala Lumpur.

Jawatan ini terbuka kepada dua kelayakan akademik iaitu:

  1. Diploma (RM72 sehari)
    • Sijil yang diiktiraf oleh kerajaan
  2. Ijazah Sarjana Muda (RM100 sehari)
    • Dalam bidang Pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan
    • Sijil yang diiktiraf oleh kerajaan

*Calon juga mesti memliki sekurangnya Gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau yang setaraf dengannya.

 

Tarikh, tempat temu duga dan cara permohonan:

  • Tarikh: 19 Mac 2021 (Jumaat)
  • Masa: 8 pagi hingga 11 pagi
  • Tempat: Aras 6, Wisma DBP, 50460, Kuala Lumpur

 

Bagi yang berminat, calon dikehendaki mengisi borang (muat turun di sini) terlebih dahulu dengan lengkap untuk dibawa semasa temu duga.

Calon juga perlu membawa sijil dan dokumen asal serta salinan berikut:

  1. Kad Pengenalan;
  2. Ijazah berserta transkrip (mengikut keperluan syarat lantikan);
  3. Diploma berserta transkrip (mengikut keperluan syarat lantikan);
  4. Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia (mengikut keperluan syarat lantikan);
  5. Gambar berukuran pasport (ditampal bersama borang permohonan); dan
  6. Sijil akademik, sijil khas atau pentauliahan dari badan ikhtisas, kokurikulum dan kursus
    yang lain.

 

Calon turut diminta untuk memakai pakaian kemas dan sopan ketika menghadiri temu duga berkenaan. Hanya calon berjaya dan calon simpanan sahaja yang akan dimaklumkan secara rasmi melalui surat dan e-mel. Manakala, calon yang tidak menerima jawapan dalam tempoh sebulan selepas tarikh temu duga tersebut bolehlah dianggap tidak berjaya.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

KWSP Buka Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong: Senarai Jawatan & Cara Memohon

KWSP Buka Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong: Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Pengambilan 6 Kekosongan Jawatan Di Kementerian Komunikasi: Gaji Bermula RM2,250

Pengambilan 6 Kekosongan Jawatan Di Kementerian Komunikasi: Gaji Bermula RM2,250

Pada ketika ini, Kementerian Komunikasi (Pengisian Di Istana Budaya) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…