Dewan Bahasa & Pustaka buka pelbagai kekosongan: Minima PMR/SPM, Gaji RM2,090 ~ RM3,850

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di DBP adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. Eksekutif Pemasaran Kanan – T41
    • Penempatan: DBP Cawangan Sabah
  2. Eksekutif Pemasaran – T29
    • Penempatan: DBP Hulu Kelang
  3. Pembantu Eksekutif Pemasaran – T22
    • Penempatan: DBP Hulu Kelang
  4. Pembantu Pemasaran Kanan – T19
    • Penempatan: DBP Hulu Kelang & DBP Cawangan Sabah
  5. Pembantu Eksekutif Kewangan – TW19
    • Penempatan: DBP Cawangan Sabah & DBP Cawangan Sarawak
  6. Pembantu Pemasaran – T11
    • Penempatan: DBP Hulu Kelang & DBP Wilayah Timur

Syarat-syarat Kelayakan

Bagi lantikan jawatan, calon hendaklah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
  • Memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut ketetapan khusus setiap jawatan..

*KLIK SINI, untuk senarai syarat-syarat kelayakan setiap jawatan. 

Cara Memohon

Bagi yang berminat, permohonan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) portal e-Pengambilan DBP – KLIK SINI.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 30 Ogos 2021.

Iklan rasmi kekosongan jawatan, boleh dirujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…