Dibayar 4 kali setahun: Jumlah & tarikh pembayaran BKM untuk Fasa 1

Seperti semua telah sedia maklum, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah sebuah bantuan tunai bersasar daripada kerajaan kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Bantuan kewangan ini juga melibatkan pelbagai kategori dan jumlah bayaran berdasarkan tingkat pendapatan masing-masing. Jumlah pembayaran BKM boleh dirujuk seperti yang di bawah:

Dalam masa sama, ada kategori yang akan menerima bantuan tambahan BKM, iaitu:

  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas.

Tarikh Pembayaran BKM

Berdasarkan maklumat dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), BKM akan dibayar sebanyak empat kali setahun dan tarikhnya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Namun begitu, bagi pembayaran Fasa 1 – ia dijangka akan dilaksanakan pada bulan Mac 2022 selepas sebulan proses semakan dan kelulusan dibuat. Ini kerana, permohonan dan kemaskini BKM telah pun ditutup pada 31 Januari yang lalu.

Kaedah Pembayaran BKM

Pembayaran BKM akan dilaksanakan dengan beberapa kaedah iaitu:

  • Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
  • Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR/BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat; atau
  • Tuntutan Tunai di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi status gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup); atau
  • Tuntutan Tunai di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi yang tiada akaun bank.

 

Bagi maklumat terperinci dan lengkap berkaitan BKM, sila rujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…