Didakwa ada toksin: Kerajaan didesak haramkan pelitup muka yang mengandungi bahan ini

Pihak kerajaan didesak mengharamkan pelitup muka yang mengandungi ‘nanopartikel graphene’ yang dibimbangi berpotensi mengandungi toksik yang berbahaya untuk kesihatan.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata gesaan itu muncul selepas kerajaan Kanada dilaporkan telah melarang penggunaan pelitup muka yang mengandungi bahan berkenaan kerana kemungkinan berisiko terhadap penyedutan partikel ‘graphene’.

Katanya, oleh kerana pemakaian pelitup muka adalah barisan pertahanan kritikal dalam usaha melawan COVID-19 dan penyakit bawaan udara lain, kehadiran nanopartikel tersebut dalam pelitup muka tidak seharusnya menjadi risiko kesihatan tambahan kepada pengguna.

Untuk maklumat, ‘graphene’ adalah novel `nanomaterial’ yang merangkumi zarah halus dengan sifat antivirus dan antibakteria.

Pelitup muka yang mengandungi bahan ini juga dikenal pasti mempunyai lapisan berwarna gelap pada bahagian dalam pelitup muka, yang berpotensi menyebabkan keracunan paru-paru pada haiwan.

“Meskipun potensi risiko kesihatan, berjuta pelitup muka yang mengandungi nanographene dihasilkan setiap hari dan dijual di seluruh dunia. Apabila digunakan dalam pelitup muka, lapisan `nanographene’ berfungsi melindungi pengguna daripada partikel dalam udara, dengan menghirisnya apabila disedut melalui lapisan `graphene’.

“Namun apabila pelitup muka itu lusuh, serpihan `nanographene’ menggelupas dan boleh disedut ke dalam paru-paru menyebabkan kesukaran bernafas, kerengsaan kulit atau merasa seperti bernafas dalam bulu kucing,” katanya, petikan dari laporan Berita Harian.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa Center for International Environmental Law (CIEL) bersama beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa telah menulis surat kepada pihak berkuasa di Eropah bagi pihak berkenaan mengeluarkan pelitup muka mengandungi `nanopartikel’ daripada pasaran dan mengharamkan penjualan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) mengandungi bahan nanoform yang tidak dibenarkan dalam pasaran Kesatuan Eropah (EU).

Ia juga bertitik tolak dari tindakan Kanada melarang pelitup muka berkenaan pada bulan Mac lalu setelah melalui penilaian risiko oleh Health Canada yang mengenal pasti terdapatnya masalah serius terhadap pemakainya.

“Sejumlah individu tampil di Quebec melaporkan masalah pernafasan, sakit kepala, keluhan kulit dan kesan buruk lain dari topeng ‘healfiber’, – David Azoulay, Pengarah Kesihatan Alam Sekitar CIEL, petikan laporan Brussels Times.

 

Sumber: Berita Harian & Brussels Times.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…