Didakwa akan buka pengeluaran i-Sinar 2.0? Ini penjelasan dari KWSP

Sejak kebelakangan ini, telah menjadi teka teki di kalangan masyarakat tentang pelaksanaan i-Sinar 2.0. Ia susulan dengan mesej tular di media sosial yang mendakwa pihak  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melaksanakannya bermula pada 15 Jun ini.

Menjawab mesej yang tular itu, pihak KWSP dalam satu kenyataan tampil menafikannya dan meminta masyarakat supaya berwaspada dengan mesej tidak sahih berkenaan.

Bagaimanapun dalam waktu sama, KWSP menyatakan permohonan i-Sinar yang dilancarkan pada 21 Disember 2020 masih lagi dibuka kepada ahli sehingga 30 Jun 2021 ini dan ia terbuka kepada mereka yang masih belum membuat sebarang permohonan.

Seperti yang ditetapkan oleh KWSP, pengeluaran i-Sinar adalah terbuka kepada semua ahlinya (termasuk Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara) yang berumur 55 tahun ke bawah. Ahli juga perlu mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM150 semasa ingin membuat permohonan.

Bagi melancarkan urusan permohonan berkenaan, ahli digalakkan untuk mendaftar nombor telefon bimbit masing-masing di cawangan atau kios KWSP dan mengemas kini maklumat melalui aplikasi atau portal i-Akaun.

Ahli turut disaran untuk memastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran adalah:

  • Masih aktif
  • Milik ahli
  • Bukan akaun bersama
  • Bukan akaun syarikat

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan i-Sinar dan panduan permohonan, boleh KLIK SINI.

Sementara itu, pihak KWSP juga menggalakkan semua ahlinya supaya mendapatkan maklumat sahih dari laman sesawang rasminya, menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian: 03-8922 6000 atau merujuk saluran media sosial KWSP.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…