Diiktiraf di peringkat dunia: Uncle Kentang bakal terima anugerah Points of Light dari Ratu Elizabeth

Usaha dan perjuangan aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila beliau bakal dianugerahkan Points of Light oleh Ratu Elizabeth II pada 12 Jun depan.

Memberitahu perkara itu di laman Facebook-nya, Uncle Kentang berkata penghargaan tersebut bukanlah untuk dirinya, sebaliknya bagi semua masyarakat Malaysia yang disifatkanya telah “gila” menderma,”gila” membantu dan “gila” memberi sokongan kepada semua inisiatif yang diperkenalkan.

“Ia bukan milik saya, ia milik semua. Ia milik Malaysia. Maka itu saya hanyalah seorang wakil yang akan hadir menerima award tersebut dari Yang Mulia The High Commissioner of British sebagai wakil kepada anda semua.” – katanya.

Dalam masa sama, beliau yang juga pengasas Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia berharap rakyat Malaysia sentiasa bersemangat dalam usaha membina sebuah negara yang majmuk, bersolidariti, berkasih sayang dan saling berganding bahu dalam membantu tanpa mengenal kaum, agama, fahaman politik dan darjat.

“Inilah Malaysia yang sebenarnya. Doakan kita selamat dan hindarlah Covid. Kendiri diri dan lockdown sendiri. HIDUP MALAYSIA.” – katanya lagi.

Points of Light adalah sebuah anugerah yang diberikan kepada sukarelawan cemerlang yang telah melakukan perubahan dalam komuniti mereka.

Anugerah ini turut disampaikan oleh Ratu Elizabeth II, sebagai Ketua Komanwel, sebagai ucapan terima kasih kepada sukarelawan inspirasi di 54 buah negara Komanwel atas pencapaian mereka itu kepada komuniti.

Sumber: Kuan Chee Heng (FB).

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…