Dikala banyak masih bergelut, hampir seluruh pekerja UOB akan naik gaji dan pangkat pada tahun ini

Bank terkemuka Asia Tenggara, United Overseas Bank Limited (UOB) mengumumkan akan melancarkan inisiatif kenaikan gaji dan pangkat bagi hampir kesemua kakitangannya yang layak menjelang Jun tahun ini.

Kenaikan gaji dan pangkat secara meluas itu dijangka akan melibat hampir 98 peratus kakitangan kumpulan berkenaan dengan melibatkan 26,000 pekerja merangkumi pelbagai negara seperti Malaysia, China, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Bagaimanapun, kenaikan itu tidak melibatkan pihak pengurusan kanan.

Memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan, Ketua Sumber Manusia Kumpulan UOB, Dean Tong berkata, bank berkenaan kekal berdaya tahan bermula dengan pemulihan pada akhir tahun lalu dan pertumbuhannya yang menunjukkan perkembangan baik pada awal tahun ini.

“Melalui inisiatif kenaikan gaji dan pangkat pertengahan tahun ini, kami menunjukkan penghargaan kepada warga kerja yang memberikan prestasi terbaik setiap hari dalam menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dan juga bank dalam tempoh yang sangat mencabar.” – Dean Tong, melalui satu kenyataan.

Dalam pada itu, dimaklumkan juga bahawa kenaikan pangkat tersebut akan diberikan kepada kakitangan yang mempunyai skop pekerjaan lebih luas, selain kerana telah menjangkaui jangkaan prestasi sepanjang tahun lalu.

Tindakan UOB ini turut dillihat sebagai petanda keyakinannnya terhadap pemulihan ekonomi yang berterusan pada tahun 2021.

_________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…