Dikreditkan sebelum Hari Raya: KWSP umum tarikh pembayaran i-Sinar untuk bulan Mei 2021

Dengan suasana yang semakin mendekati sambutan Hari Raya Aidilfitri, ramai telah mula tertanya-tanya bilakah pembayaran i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk bulan Mei akan dikreditkan ke akaun bank masing-masing.

Menjawab persoalan itu, pihak KWSP melalui laman Facebook rasminya mengumumkan tarikh pembayaran untuk bulan Mei akan bermula pada 3 MEI secara berperingkat sehingga 11 MEI 2021.

Dalam masa sama, pihak KWSP juga menyatakan pengkreditan amaun berkenaan ke akaun bank akan mengambil masa 1 KE 5 HARI BEKERJA, bergantung kepada prosedur bank pemohon masing-masing.

Tentang status pengkreditan pula, pemohon boleh membuat semakan melalui i-Akaun (Ahli) di laman rasmi KWSP.

Berikut adalah tatacara membuat semakan:

 

  • Pergi ke laman: i-Akaun (Ahli) KWSP dan log masuk di laman berkenaan.
  • Pilih menu Pengeluaran dan seterusnya klik Sejarah Pengeluaran.
  • Anda akan melihat pengeluaran-pengeluaran KWSP yang pernah dilakukan sebelum ini di laman berkenaan.
  • Klik pada i-Sinar.
  • Anda akan dapat melihat jumlah kelulusan pengeluaran i-Sinar dan jumlah pembayaran yang akan dikreditkan pada setiap bulan sehingga Ogos 2021.
  • Di bahagian bawah jumlah-jumlah itu, anda akan dapat melihat kelulusan pengkreditan pembayaran i-Sinar yang telah masuk ke akaun bank.
  • Jika pembayaran pada bulan itu dinyatakan, maka pembayaran telahpun dikreditkan.

 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi Talian Hotline Khas i-Sinar di: 03-8922 4848. 

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…