Dipaksa OT, tapi tak dibayar: Cleaner hospital menang kes lawan majikan di Mahkamah Buruh

Pada 11 Januari lalu, seorang pekerja pembersihan di Hospital Seri Manjung akhirnya mendapat pembelaan apabila menang dalam kes tuntutan terhadap majikannya di Mahklamah Buruh Sitiawan.

Majikannya, Edgenta UEMS telah diarahkan Mahkamah Buruh untuk membayar RM1,211 kepada S.Logiswaran atas bayaran kerja lebih masa (OT) sejam setiap hari yang dilakukannnya dari Februari hingga Ogos 2020.

Hal itu berikutan dengan tindakan syarikat berkenaan yang juga kontraktor swasta bagi perkhidmatan pembersihan di hospital-hospital kerajaan di Utara Pantai Barat Semenanjung yang telah mengarahkan semua pekerja syif untuk bekerja satu jam tambahan pada setiap hari.

Perkara itu sekaligus menambahkan waktu bekerja mereka yang sepatutnya hanya 8 jam sehari. Malah, arahan syarikat itu juga tidak mendapat persetujuan dari mana-mana pekerja syifnya.

Tidak berpuas hati dengan hal tersebut, Logiswaran telah memfailkan tuntutan di Jabatan Tenaga Kerja untuk mendapatkan bayaran kerja lebih masanya yang tidak dibayar pada 25 Ogos 2020.

Hal itu kemudianya menyebelahi Logiswaran yang juga adalah ahli Kesatuan Pekerja-pekerja Swasta Perkhidmatan Sokongan di Hospital Kerajaan Semenanjung Malaysia (KPSPSHKSM).

“Kesatuan kami ada lagi banyak kes perlu lawan. Kami masih sangat susah. Saya berharap kemenangani kes ini boleh menguatkan lagi kesatuan kami.” – Katanya, petikan dari SOSIALIS.net

Dalam perkembangan sama, Pegawai Perhubungan Perusahaan yang mewakili kesatuan KPSPSHKSM, V. Selvam memaklumkan – masih banyak lagi kes yang difailkan oleh KPSPSHKSM di mana terdapat pekerja-pekerja di tujuh buah hospital turut memfailkan kes tuntuntan kerja lebih masa tidak dibayar.

Dan kemenangan Logiswaran nampaknya memberi keyakinan kepada mereka untuk kes-kes lain bagi membela hak-hak para pekerja pembersihan.

“Kami memohon pada rakyat Malaysia supaya terus menyokong perjuangan pekerja-pekerja hospital yang juga merupakan petugas-petugas barisan hadapan ini.” – Katanya, petikan dari SOSIALIS.net

Sumber: SOSIALIS.net

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…