Diskaun saman JPJ 70%, sempena Hari Kebangsaan: Syarat-syarat & cara pembayaran

Bersempena dengan Hari Kebangsan dan Bulan Kemerdekaan ini – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan tawaran diskaun pembayaran saman sehingga 70 peratus.

Tawaran diskaun ini telah pun bermula pada 18 Ogos lalu dan akan terus dibuka sehingga Hari Malaysiaa iaitu pada 16 September 2021.

Ia juga melibatkan semua jenis saman bagi kesalahan di bawah: 

  • Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)
  • Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334)
  • Kaedah-kaedah dan perintah di bawahnya
  • Termasuk kes yang masih dalam tindakan Senarai Hitam (blacklist).
  • Semua saman yang masih aktif
  • Tempoh kompaun masing berkuatkuasa

 

Bagaimanapun, tawaran ini tidak terpakai untuk:

  • Kes yang masih dalam sebutan mahkamah
  • Berstatus waran tangkap
  • Dalam perbicaraan

 

Cara Pembayaran

Pembayaran saman boleh dibuat di semua pejabat JPJ Negeri, Cawangan, UTC dan kiosk. Ia juga boleh dibayar secara atas talian (online) di portal mySIKAP JPJ (KLIK SINI).

Akan tetapi, bagi pesalah-pesalah lalu lintas yang disenarai hitam (blacklist), mereka dikehendaki untuk hadir hadir ke pejabat JPJ (cawangan ataupun negeri) bagi tujuan proses dokumentasi, sebelum  urusan pembayaran dapat dilakukan.

Maklumat lanjut terperinci berkenaan tawaran diskaun ini boleh dirujuk DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…