Disokong Ahli Parlimen Kerajaan & Pembangkang: i-CERIA pengeluaran terakhir RM10K KWSP?

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah pun mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.10 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.65 peratus untuk Simpanan Syariah bagi tahun 2021.

Akan tetapi, beberapa hari sebelum pengumuman itu – beberapa orang Ahli Parlimen telah mencadang dan menyokong untuk adanya pengeluaran kali terakhir secara bersasar menerusi bantuan kewangan i-CERIA.

Perkara itu disuarakan oleh Ahli Parlimen Jempol (BN), Datuk Seri Mohd Salim Sharif yang mengatakan pengeluaran berkenaan wajar bagi membantu mereka yang memerlukan, bergantung kepada jumlah simpanan masing-masing.

Cadangan itu nampaknya turut disokong oleh beberapa Ahli Parlimen lain seperti Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit); Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin), Datuk Dr Xavier Jayakumar (Bebas-Kuala Langat) dan M Karupaiya (PH-Padang Serai).

Majoriti Sokong Pengeluaran KWSP

Dalam masa sama, dapatan dari Pusat Penyelidikan Undian UCSI mendapati 76 peratus responden yang terlibat dalam kajian berkaitan KWSP bersetuju pengeluaran caruman terakhir.

Antara alasan menyokong pengeluaran itu adalah:

  • Memerlukan wang untuk teruskan hidup;
  • Dana sokongan kerana ketidakpastian sepanjang pandemik;
  • Pelaburan untuk pulangan yang lebih baik daripada KWSP;
  • Leisure (bercuti/beli gajet/fesyen dan dan lain-lain.

 

Dalam perkembangan lain, Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan telah membidas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang memaklumkan pihaknya tidak bercadang untuk membenarkan lagi pengeluaran oleh pencarum menerusi idea i-CERIA.

Menurutnya, tindakan itu bersifat ‘angkuh’ kerana menafikan hak pencarum yang sedang susah dan terdesak ketika ini.

“Janganlah angkuh sangat sehingga menafikan hak pencarum yang sedang susah dan terdesak ketika ini yang hakikatnya dijamin oleh Akta KWSP 1991.

“Rujuklah balik Seksyen 54 akta tersebut yang membenarkan pengeluaran bagi tujuan kelangsungan hidup dan kurungan (m) secara spesifik menggariskan kebenaran pengeluaran akibat pandemik,” – Memetik kenyataan dari laman Facebook-nya.

Tambahnya lagi, tidak semua pencarum akan mengeluarkan simpanan mereka dan jika melihat kepada trend i-Citra 1.0 sebelum ini – ternyata tidak sampai RM22 bilion yang dikeluarkan berbanding aset pelaburan KWSP melebihi RM1 trilion.

Ini bermakna, pengeluaran tersebut hanya berjumlah 2 peratus sahaja a implikasi terhadap aset KWSP.

 

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…