Ditanya kenapa berhenti kerja? Jawapan bekas pekerja ni buat ramai ‘makan dalam’

Boleh dikatakan semua orang mahukan pekerjaan yang baik, selesa dan sesuai dengan jiwa. Akan tetapi bukanlah semua bernasib baik untuk dapat semua itu, dan lebih malang lagi sekiranya pekerjaan yang dilakukan ibarat tidak mendapat sebarang penghargaan daripada sesiapa.

Hal itulah jugalah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Mohd Radzi Jamaludin tentang pengalamannya melakukan satu ‘exit interview’ kepada seorang kakitangan yang telah menghantar notis meletakkan jawatannya.

Menurut beliau, kakitangan itu sememangnya seorang dikagumi kerana bersikap rajin dan mesra pelanggan. Namun, pada sesi ‘exit interview’ itu, pekerja berkenaan tidak banyak bersuara.

Sampailah pada malam harinya apabila Radzi menerima SMS darinya – berbunyi:

Orang yang banyak buat kerja, banyak buat silap.
Orang yang kurang kerja, jarang buat silap.
Orang yang tak kerja, tak buat silap.
Orang yang tak buat silap, akan naik pangkat.
Orang yang banyak kerja, akan berhenti.
Jadi I berhenti

Menurut Radzi, sehingga kini beliau masih menyimpan SMS itu, mungkin kerana isinya yang cukup mendalam dan menggambarkan realiti dunia pekerjaan.

https://www.facebook.com/mohdradzi.jamaludin/posts/10225435346975084

Boleh dikatakan, ramai jugalah yang makan dalam bila baca tulisan ni, nak-nak lagi yang makan cili tu. Jadinya, kepada kita yang bekerja tu fikir-fikirkanlah apa yang sepatutnya kita lakukan. Tidak semua perkara kita perlu buat dan tak semua juga yang kita lalakukan itu akan dihargai.

Tapi itu tidaklah bermakna kita kena kerja sambil lewa. Bukankah pekerjaan itu adalah amanah dan setiap amanah tu akan diperhitungkan di alam sana? Jadinya, lakukanlah yang termampu, tapi tidak mengampu!

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…