asb

Dividen ASB telah dikreditkan: Cara mudah semak & buat pengeluaran secara online

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB), melalui Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah mengumumkan jumlah agihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.25 sen seunit ubagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Jumlah itu terdiri daripada pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit.  Berikut adalah maklumat lanjut mengenainya:

Cara Semak Penyata

Untuk setiap pemegang unit amanah saham di bawah ASNB, mereka boleh mendaftar di sistem myASNB bagi memudahkan segala urusan berkaitan pelaburan masing-masing. Cara pendaftaran adalah seperti berikut:

Setelah itu, ahli boleh membuat semakan penyata dan pembayaran dividen secara atas talian (online) sahaja dengan cara berikut:

  • Log masuk (isi ID Pengguna dan Kata Laluan);
  • Klik pada butang ‘penyata’
  • Lihat jumlah pelaburan dan baki pelaburan.

Cara membuat pengeluaran

Selepas berjaya membuat pendaftaran di sistem myASNB, pengeluaran juga boleh dibuat di sistem sama. Ia adalah melalui tatacara berikut:

  • Log masuk di aplikasi myASNB atau portal MyASNB (DI SINI);
  • Klik pada menu ‘Portfolio’ dan pilih dana yang ingin dikeluarkan;
  • Klik pada “Transaksi” dan pilih butang “Jualan Balik”;
  • Klik butang “Seterusnya”.

Pengguna kemudiannya perlu mengisi maklumat yang diminta dan membuat pengesahan pengeluaran bagi memindahkan wang ke akaun bank.

Ketetapan transaksi secara atas talian adalah minimum  RM100 dan maksimum sebanyak RM1,000 sebulan (tiga kali sebulan).

Dimaklumkan juga bahawa tiada sebarang caj dikenakan bagi setiap jualan balik yang bilaksanakan di myASNB.

Bagi maklumat lengkap dan terperinci berkenaan pengeluaran secara atas talian, sila rujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…