tabung haji

Dividen Tabung Haji 2023: Maklumat tarikh bayaran & jumlah dividen

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Selain itu, pihak Lembaga Tabung Haji juga memberikan pembayaran dividen kepada para pendepositnya setiap tahun berdasarkan simpanan dan prestasi tahunan.

Pada ketika ini, sudah pastinya ramai yang menantikan pengumuman dividen Tabung Haji tahun 2023 (bagi tahun kewangan 2022). Berikut adalah penjelasannya: –

Dividen Tabung Haji

Berdasarkan pengumuman Tabung Haji bagi dua tahun sebelum ini (2020 dan 2021), kadar dividen yang ditetapkan adalah sebanyak 3.10 peratus.

Berdasarkan pemerhatian Pakar Ekonomi, Universiti Tun Abdul Razak, Prof Barjoyai – agihan pendapatan (dividen) badan kewangan itu bagi tahun 2022 dijangka pada tahap serderhana.

Hal itu kerana ia akan dipengaruhi oleh ketidakstabilan pasaran ekuiti global yang menyaksikan situasi pasaran kewangan seperti saham yang bergolak disebabkan kenaikan agresif (kadar faedah) oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) sepanjang tahun lepas.

“Disebabkan pasaran ekuiti (saham) di AS bergolak dan turun, banyak institusi pelaburan telah mengubah strategi mereka untuk meminimumkan risiko daripada memaksimumkan keuntungan.

“Ini termasuklah TH yang dilihat bersikap konservatif bagi tahun 2022 (laporan kewangan sehingga September), kerana merasakan adalah lebih baik selamatkan modal dan mendapat keuntungan kecil, daripada cuba memaksimumkan keuntungan tetapi mendedahkan risiko modal yang mungkin hilang,” katanya, dipetik dari Berita Harian.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh Pengumuman Dividen

Berdasarkan kenyataan Tabung Haji, agihan pendapatan bagi tahun 2022 akan diumumkan pada suku kedua tahun 2023.

Kelewatan ini berlaku kerana Tabung Haji  mengambil kira saranan penambahbaikan serta maklum balas awal Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) supaya Agihan Keuntungan diumumkan kepada para pendeposit berdasarkan penyata kewangan TH yang telah selesai diaudit.

Untuk makluman, dividen Tabung Haji adalah berdasarkan prestasi dan kemampuan kewangan badan kewangan itu pada tahun berkaitan dan tertakluk kepada pematuhan kehendak Akta Tabung Haji 1995.

Sumber: Portal Rasmi Tabung Haji & Berita Harian.

ARTIKEL BERKAITAN

SPA Buka Pengambilan Penjawat Awam di JAKOA Tahun 2025: Mohon Sekarang

SPA Buka Pengambilan Penjawat Awam di JAKOA Tahun 2025: Mohon Sekarang

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Jumlah bayaran SARA bulan Jun 2025 yang dikreditkan ke Kad Pengenalan (MyKad)

Jumlah bayaran SARA bulan Jun 2025 yang dikreditkan ke Kad Pengenalan (MyKad)

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah di Malaysia yang berada dalam kategori pendapatan terendah. Dalam situasi ekonomi semasa…
Lebih 20 Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM) Tahun 2025: Gaji Sehingga RM11,110

Lebih 20 Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM) Tahun 2025: Gaji Sehingga RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Malaya (UM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka.…