Dividen telah dikreditkan: Ini senarai amanah saham harga tetap selain ASB yang kita perlu tahu

Seperti mana yang kita tahu, para pemegang unit amanah Amanah Saham Bumiputera (ASB) telah menerima agihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit bagi tahun 2021.

Dalam masa sama, kita juga perlu tahu bahawa pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) – tidak hanya mengendalikan ASB, tetapi pelbagai lagi Amanah Saham Harga Tetap. Berikut adalah antara amanah-amanah saham harga tetap di bawah ASNB yang kita perlu tahu: –

1. Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2)

Objektif utama ASB 2 adalah bagi menjana pulangan jangka panjang yang konsisten, di samping memastikan pengekalan modal pemegang unit dengan menyertai pelaburan di dalam portfolio aset campuran. Prestasi ASB 2 sebelum ini yang berakhir pada 31 Mac adalah 6.00 (2019), 4.75 (2020) dan 4.25 (2021).

Kelayakan ASB 2:

  • Bumiputera
  • Akaun Dewasa
    • Individu Bumiputera warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
    • Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas dari keturunan atau kategori berikut:
    • Keturunan Siam/Thai
    • Keturunan Portugis/Eurasian
    • Mualaf
  • Akaun Bijak (ibu bapa atau penjaga sah dari kategori seperti di atas yang melabur bagi kanak-kanak yang berumur 18 tahun ke bawah serta mempunyai sijil kelahiran yang sah).

2. Amanah Saham Bumiputera 3-didik (ASB 3 DIDIK)

Objektif utama ASB 3 DIDIK adalah bagi memberi peluang pelaburan yang dapat menjana pulangan dan pertumbuhan pelaburan jangka panjang yang berpatutan. Prestasi ASB 3 DIDIK sebelum ini yang berakhir pada 30 Jun adalah 4.85 (2019), 4.25 (2020) dan 4.25 (2021).

Kelayakan ASB 3 DIDIK:

  • Bumiputera
  • Akaun Dewasa:
    • Individu Bumiputera warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
    • Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas dari keturunan atau kategori berikut:
    • Keturunan Siam/Thai
    • Keturunan Portugis/Eurasian
    • Mualaf
  • Akaun Bijak (ibu bapa atau penjaga sah dari kategori seperti di atas yang melabur bagi kanak-kanak yang berumur 18 tahun dan ke bawah serta mempunyai sijil kelahiran yang sah).

3. Amanah Saham Malaysia (ASM)

Tujuan ASM adalah bagi memberi peluang pelaburan jangka panjang kepada pemegang-pemegang unit untuk menjana pulangan yang kompetitif dan berterusan menerusi pelaburan dalam portfolio yang dipelbagaikan. Prestasi ASM sebelum ini yang berakhir pada 31 Mac adalah 5.50 (2019), 4.25 (2020) dan 4.00 (2021).

Kelayakan ASM:

  • Individu Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Ibu bapa atau penjaga sah dari kategori seperti di atas yang melabur bagi kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke bawah serta mempunyai sijil kelahiran yang sah.

4. Amanah Saham Malaysia 2 Wawasan (ASM 2 WAWASAN)

ASM 2 WAWASAN diperkenalkan bagi memberi kadar pulangan yang berpatutan kepada pemegang-pemegang unitnya menerusi pelaburan dalam portfolio terpilih yang terdiri daripada pelaburan yang dibenarkan. Prestasi ASM 2 WAWASAN sebelum ini yang berakhir pada 31 Mac adalah 5.00 (2019), 4.00 (2020) dan 4.00 (2021).

Kelayakan ASM 2 WAWASAN:

  • Individu yang merupakan warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Ibu bapa atau penjaga sah dari kategori seperti di atas yang melabur bagi kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke bawah serta mempunyai sijil kelahiran yang sah.

5. Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3)

ASM 3 pula mempunyai objektif untuk mendapatkan peluang pelaburan yang menjana pendapatan yang konsisten dan berterusan di samping mengekalkan modal pelaburan para pemegang unit di dalam tempoh jangka panjang melalui portfolio pelaburan yang dipelbagaikan.

Prestasi ASM 3 sebelum ini yang berakhir pada 31 September adalah 5.00 (2019), 4.00 (2020) dan 4.00 (2021).

Kelayakan ASM 3:

  • Individu warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Ibu bapa atau penjaga sah dari kategori seperti di atas yang melabur bagi kanak-kanak warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke bawah serta mempunyai sijil kelahiran yang sah.

Cara Mendaftar & Melabur

Kepada yang ingin mendaftar dan melabur di bawah ASNB, ia boleh dibuat dengan mengunjungi pejabat cawangan ASNB atau ejen ASNB bagi membuka akaun.

Dokumen-dokumen yang perlu dibawa adalah:

  • 18 tahun ke atas – Kad pengenalan;
  • Bawah 18 tahun – myKid/myKad / Sijil Kelahiran dan kad pengenalan ibu/bapa/penjaga.

 

Dalam masa sama, pendaftaran juga boleh dibuat secara atas talian (online) dengan tatacara berikut:

 

Dimaklumkan juga bahawa pelaburan permulaan adalah serendah RM10 untuk semua tabung unit amanah ASNB. Untuk maklumat lanjut berkenaan amanah-amanah saham di bawah ASNB, boleh rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Rumah bukan sekadar tempat berlindung, tetapi juga simbol kestabilan dan kesejahteraan hidup. Memiliki kediaman yang selesa menjadi impian setiap individu,…
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Golongan B40 dan M40 merupakan tulang belakang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia. B40, yang merangkumi 40% penduduk dengan…