Dividen telah diumumkan: Ini bantuan kewangan yang bakal diperkenalkan Tabung Haji

Akhirnya penantian ramai pihak terjawab, apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad telah pun mengumumkan agihan pendapatan (dividen) selepas zakat Tabung Haji (TH) sebanyak 3.10 peratus.

Agihan pendapatan bagi tahun kewangan 2021 itu akan memberi manfaat kepada lebih 8.4 juta pendeposit Tabung Haji dengan jumlah keuntungan diagih adalah RM219 juta lebih tinggi atau meningkat 2.9 peratus berbanding RM2.24 bilion bagi tahun kewangan 2020.

Menurut Idris, agihan keuntungan itu adalah kompetitif kerana mengambil kira faktor kadarnya lebih tinggi daripada purata kadar deposit tetap perbankan Islam bagi tempoh 12 bulan, iaitu 2.36 peratus.

Tambahnya, kadar berkenaan sudah mengambil kira peruntukan zakat bernilai RM107 juta, yang akan dilunaskan kepada semua Majlis Agama Islam negeri bagi pihak pendeposit.

“Kadar pulangan 2021 juga adalah selepas mengambil kira keadaan persekitaran perniagaan dan pasaran sukuk serta saham yang mencabar pada tahun lalu, selain dua keperluan Tabung Haji.

Keperluan berkenaan ialah mengagihkan keuntungan secara berhemah dan mampan mengikut kemampuannya serta membina pegangan rizab bagi memastikan kedudukan kewangan Tabung Haji terus kukuh untuk masa hadapan” – Dipetik dari Berita Harian.

Dalam masa sama, pihak Tabung Haji juga akan memperkenalkan bantuan kewangan kepada para pendepositnya. Berikut adalah penjelasannya: –

Bantuan Kewangan TH

Pada 14 Februari lalu, Datuk Idris Ahmad berkata bantuan kewangan haji daripada Tabung Haji bagi jemaah yang akan mengerjakan ibadah itu pada tahun ini akan diumumkan selepas kerajaan Arab Saudi mengumumkan kos keseluruhan yang dikehendaki.

Ini berikutan dengan tindakan kerajaan Arab Saudi yang telah menaikkan Cukai Nilai Ditambah (VAT) daripada 5 peratus kepada 15 peratus dan juga bilik hotel yang dulu boleh diinap enam ke tujuh orang, tetapi mungkin dikurangkan kerana keadaan pandemik semasa.

Katanya lagi, kerajaan hanya boleh memuktamadkan bantuan kewangan haji serta kos keseluruhan mengerjakan haji selepas kerajaan Arab Saudi mengumumkan kos-kos yang terlibat.

Bagi pelbagai lagi maklumat terkini dari Tabung Haji, boleh rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…