Dutch Lady Milk Industries Berhad buka kekosongan baru: Kepada berminat, mohon sekarang

Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI) telah bertapak di Malaysia sejak tahun 1963 dan menjadi antara keperluan produk makanan utama masyarakat di negara ini. Pada hari ini, DLMI telah memiliki sekitar 600 orang kakitangan dan menawarkan pelbagai jenis produk tenusu berkualiti di seluruh negara.

Selaras dengan usahanya itu, DLMI kini telah membuka beberapa kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  1. Operator
  2. Latihan industri untuk pelajar Pengurusan Sumber Manusia

 

Syarat kelayakan bagi Operator:

  • Memiliki sekurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf.
  • Memiliki sekurangnya setahun pengalaman bekerja dalam industri pembuatan makanan.

 

Syarat kelayakan bagi latihan industri (Pengurusan Sumber Manusia):

  • Memiliki atau sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Perniagaan/Pentadbiran/Pengurusan, Pengurusan Sumber Manusia atau setaraf.
  • Pemohon mesti bersedia untuk bekerja di Petaling Jaya, Selangor.
  • Tempoh latihan industri adalah 6 bulan.

 

Cara memohon:

Bagi yang berminat, iklan penuh jawatan boleh didapati di LAMAN INI dan permohonan juga boleh dibuat di laman berkenaan dengan klik ‘Apply Now’ pada jawatan. Pemohon bagaimanapun perlu mendaftar terlebih dahulu di laman berkenaan sebelum boleh membuat permohonan.

Purata tempoh proses permohonan adalah 28 hari.

______

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…