e-pengeluaran

e-Pengeluaran: Boleh keluarkan simpanan KWSP pada bila-bila masa secara online

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan.

Selaras dengan perkara itu, pihak Kerajaan telah membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui pelbagai program seperti i-Sinar, i-Lestari, i-Citra dan sebagainya.

Akan tetapi, sebenarnya terdapat sebuah lagi kemudahan di bawah KWSP iaitu e-Pengeluaran yang membenarkan para ahlinya membuat pengeluaran sebahagian simpanan secara atas talian.

Ini adalah perkara-perkara yang membenarkan pengeluaran sebahagian simpanan KWSP sebelum usia 55 tahun: –

Membina Rumah

Bagi yang hendak membina rumah, ahli boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 merek. Antara syarat-syarat utamanya adalah mempunyai sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2; Surat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga tahun dari tarikh permohonan diterima dan berumur bawah 55 tahun.

Membeli Rumah

Bagi yang hendak membeli rumah, KWSP membenarkan ahlinya membuat pengeluaran dari Akaun 2 bagi tujuan membiayai pembelian rumah. Rumah yang hendak dibeli itu merangkumi jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.

Membiayai Pendidikan

Pihak KWSP turut membenarkan para ahlinya memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

Perbelanjaan Kesihatan

Untuk ahli yang berdepan dengan masalah kesihatan, mereka boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan/ atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan juga rawatan kesuburan.

Menunaikan Haji

Bagi para ahli yang beragama Islam, pengeluaran dari Akaun 2 adalah dibenarkan untuk tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan.

E-Pengeluaran KWSP

Kepada setiap ahli KWSP, mereka layak mendaftar di bawah i-Akaun iaitu sistem secara atas talian (online) bagi berurusan dengan badan simpanan kewangan ini.

Antara ciri utama i-Akaun adalah e-Pengeluaran iaitu permohonan pengeluaran simpanan KWSP secara atas talian.

Maklumat lengkap  berkenaan perkara-perkara berkaitan faktor kebenaran pengeluaran KWSP boleh dirujuk DI SINI dan tatacara menggunakan e-Pengeluaran (i-Akaun) boleh dilihat – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…