e-wallet

E-Wallet RM100 diberikan kepada semua rakyat Malaysia: Ini tarikh pembayarannya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antaranya adalah pemberian e-Wallet yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap di Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –

E-Wallet RM100

Semasa di majlis Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pemberian e-Wallet sebanyak RM100.

E-Wallet berkenaan akan diberikan kepada semua rakyat Malaysia berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tahunan RM100,000 serta ke bawah.

Bantuan e-Wallet ini akan memberi manfaat kepada lebih 10 juta penerima dari kalangan B40 dan M40.

“Melihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah,” katanya.

Tarikh Pembayaran

Untuk makluman, pembayaran e-Wallet ini akan dilaksanakan pada bulan Disember 2023, seperti mana dikatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong.

“Bantuan e-wallet RM100 ini akan diagihkan pada bulan Disember nanti. Jadi (rakyat) akan dapat (bantuan ini). Rakyat diminta bersabar kerana kerajaan akan tunaikan janji,” katanya kepada BERNAMA.

JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Dalam kenyataan berasinga, Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pemberian e-Wallet itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mendidik masyarakat berdepan dengan ekonomi digital dan tanpa tunai pada masa depan.

ARTIKEL BERKAITAN

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…