Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Khususnya kepada mereka dari kalangan berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan sederhana (M40).
Salah satunya adalah melalui sebuah bantuan kewangan berbentuk e-Wallet. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan ini: –
BINGKAS: Bantuan e-Wallet RM300
Kepada yang belum tahu, terdapat sebuah bantuan e-Wallet yang dikenali sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS). Bantuan ini diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan pemberian e-Wallet sebanyak RM300 kepada 30,000 keluarga bagi membeli keperluan asas dan alat pendidikan.
BINGKAS juga bertujuan meningkatkan kestabilan kewangan, mengurangkan cabaran ekonomi, dan memperkukuh keharmonian keluarga serta kemakmuran di Selangor.
Manfaat-Manfaat Utama e-Wallet BINGKAS
Untuk makluman, mereka yang layak menerima e-Wallet BINGKAS RM300 ini boleh menggunakannya di kedai serta pasaraya berdaftar. Transaksi itu akan dilaksanakan secara tanpa tunai (melalui e-Wallet).
Akan tetapi, baki nilai bagi bulan terdahulu perlu dihabiskan dan tidak dibawa ke bulan hadapan. Kemudiannya, e-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah;
- Pemilih berdaftar di Selangor;
- Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua orang berusia 18 tahun ke bawah;
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
Cara Memohon
Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan e-Wallet BINGKAS ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi BINGKAS atau melalui aplikasi Selangkah.
Sekiranya permohonan berjaya dan diluluskan, pemohon akan menerima e-Wallet RM300 setiap bulan dan ia boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan di kedai-kedai bawah program BINGKAS. Antara barangan yang boleh dibeli adalah beras, tepung, roti, biskut, gula, garam, rempah ratus, sayur-sayuran, buah-buahan, daging lembu, ayam, ikan, sabun, kelengkapan mandi, lampin pakai buang, produk tenusu, barangan persekolahan, barangan pendidikan dan pelbagai lagi.
Cara menggunakannya pula adalah seperti tatacara berikut:
- Kunjungi kedai-kedai berdaftar di bawah senarai BINGKAS;
- Pilih barangan yang ingin dibeli;
- Juruwang akan mengimbas ID penerima di aplikasi SELANGKAH untuk pengesahan;
- Juruwang buat saringan mengikut barang-barang yang tersenarai di bawah BINGKAS;
- Penerima klik pada Kad BINGKAS di aplikasi;
- Penerima klik ‘PAY’ dan pilih akaun BINGKAS;
- Penerima masukkan pin 6 digit bagi pengesahan pengaktifan Kod QR;
- Juruwang imbas Kod QR bagi pembayaran.
Untuk makluman, lebih lengkap, senarai kedai panel dan cara memohon, boleh rujuk di Portal Rasmi BINGKAS – DI SINI.
Selain itu, sebelum ini Kerajaan Persekutuan juga ada memperkenalkan bantuan e-Wallet yang dikenali sebagai eMADANI. Bantuan ini melibatkan kadar sebanyak RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian secara fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang terpilih.
Program ini mempunyai objektif tiga serampang iaitu untuk memangkin pendapatan perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS), menggalakkan pembayaran tanpa tunai (cashless) dan memanfaatkan rakyat. Dalam sama sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback), diskaun, mata ganjaran (reward points) dan ‘coins’.
Syarat-syarat kelayakannya pula adalah warganegara Malaysia; mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023; dan merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) pada 15 Julai 2023.
Tempoh pendaftaran dan tuntutan eMADANI dibuka mulai jam 8.00 pagi, 4 Disember 2023 hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024. Manakala, kredit eMADANI serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat boleh dibelanjakan sehingga 11.59 malam, 29 Februari 2024.