Elaun RM300 selama 3 bulan untuk B40: Penjelasan & semakan kelayakan PRIHATIN Kasih

Salah satu program yang diperkenalkan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) adalah Program PRIHATIN Kasih.

Objektif utama program ini adalah bagi meringankan kos sara hidup golongan miskin dan golongan miskin bandar.

Kedah Pelaksanaan

Program PRIHATIN Kasih tidak melibatkan sebarang permohonan kerana mereka yang layak telah pun dipilih dan dikenalpasti melalui data JKM serta sistem e-Kasih yang telah disemak silang dengan data BPR.

Oleh itu, mereka yang layak akan menerima SMS daripada pihak MyKasih yang memaklumkan mengenai status mereka, dan tarikh serta masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Pelaksanaan program ini adalah dengan cara penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM 100 selama tiga bulan dari Yayasan MyKasih melalui MyKad masing-masing bagi digunakan membeli barang makanan penting di kedai runcit atau pasaraya yang mengambil bahagian (KLIK SINI untuk senarai terlibat).

Pembayaran PRIHATIN Kasih

Pembayaran PRIHATIN Kasih dilaksanakan secara berperingkat mengikut negeri-negeri di Malaysia. Buat masa sekarang, Kuala Lumpur dan Selangor telah pun selesai menerima bayaran iatu terlaksana dari bulan Julai hingga September 2021.

Manakala untuk negeri-negeri lain pula, ia boleh dirujuk berdasarkan poster di bawah:

Semakan PRIHATIN Kasih

Kepada yang tidak menerima SMS, tetapi merasakan diri layak untuk program ini, semakan boleh dibuat secara atas talian (online) di laman rasmi MyKasih – DI SINI.

Seperti mana dimaklumkan di awal tadi, pelaksanaan program ini tidak melibatkan sebarang permohonan, sebaliknya dipilih berdasarkan data JKM serta sistem e-Kasih yang telah disemak silang dengan data BPR.

Maklumat lanjut dan terperinci berkenaan PRIHATIN Kasih boleh dirujuk di laman rasmi MyKasih atau KLIK SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…