FAMA buka pelbagai kekosongan jawatan terkini ~ Gaji RM1,493 sehingga RM9,549

Berita baik buat yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di FAMA adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat jawatan

  1. Pegawai Ehwal Ekonomi – Gred E41
    • Gaji: RM2,083 – RM9,549
    • Kanaikan tahunan: RM225
  2. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi – Gred E29
    • Gaji: RM1,493 – RM5,672
    • Kanaikan tahunan: RM145

Syarat-syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
  • Kepujian mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM).

*Maklumat terperinci syarat-syarat kelayakan setiap jawatan, KLIK SINI

Cara memohon

Bagi yang berminat dan berkelayakan, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk DI SINI. Manakala, permohonan pula boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan (muat turun DI SINI) secara lengkap dan tepat.

Borang yang lengkap diisi kemudiannya perlu disertakan bersama salinan dokumen-dokumen berikut:

  • Kad Pengenalan
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil Akademik
  • Ijazah
  • Transkrip
  • Sijil – sijil berkaitan yang telah disahkan dan lain-lain

 

Pemohon kemudiannya hendaklah mennyatakan jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat dan dihantar ke:

Pengarah Kanan Pengurusan Sumber Manusia
Ibu Pejabat FAMA
Bangunan FAMA Point
Lot 17304, Jalan Persiaran 1
Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves,
Selangor.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 JULAI 2021, ISNIN. 

 

ARTIKEL BERKAITAN

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…