FAMA buka pengambilan kakitangan baru: Gaji permulaan dari RM1,377 hingga RM2,083

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau Federal Agricultural Marketing Authority (FAMA) adalah sebuah Badan Berkaun yang ditubuhkan di bawah Akta 141. Ia ditubuhkan untuk bertanggungjawab dalam pemasaran produk agromakanan seperti sayur–sayuran, buah–buahan, bunga-bungaan, produk–produk industri makanan dan asas tani yang lainnya.

Ia juga merupakan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Idustri Makanan Malaysia. Kini pada April 2021, FAMA telah membuka pengambilan kakitangan baru bagi mengisi kekosongan jawatan yang diperlukan.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang sedia untuk dimohon:

  1. Pegawai Ehwal Ekonomi
  2. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
  3. Penolong Jurutera
  4. Penolong Pegawai Tadbir
  5. Penolong Juruaudit
  6. Pembantu Ehwal Ekonomi
  7. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
  8. Pembantu Akaun
  9. Juruteknik Komputer
  10. Penjaga Jentera Elektrik

 

Bagi jawatan yang dibuka, syarat kelayakan adalah dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan jawatan. Pihak FAMA juga akan memberikan keutamaan kepada calon yang memiliki kalayakan bersesuaian dengan fungsi dan peranan agensi berkenaan.

 

Berikut adalah syarat am bagi penjawatan:

  • Warganegara Malaysia dan tidak kurang 18 tahun dari tarikh tutup iklan jawatan.
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Cara memohon:

Untuk melihat iklan jawatan secara lebih terperinci, calon boleh lihat di PAUTAN INI. Bagi yang ingin memohon pula, permohonan boleh dikemukakan secara atas talian melalui: Sistem Permohonan Jawatan FAMA.

Pemohon juga perlu memuat naik sijil-sijil berkaitan secara softcopy di sistem berkenaan ketika permohonan dibuat. Memuat naik sijil-sijil adalah sangat penting dan kegagalan mengemukakannya akan membuatkan permohonan ditolak.

Manakala, pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas enam bulan dari tempoh permohonan ditutup, hendaklah menganggap permohonannya sebagai tidak berjaya.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, pemohon boleh menghubungi Unit Pelantikan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian: 03-61262020 samb: 2212, 2022, 2321, 2341 atau emailkan kepada [email protected] dengan menyertakan Nama Penuh dan No. Kad Pengenalan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 APRIL 2021.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Golongan B40 atau 40% isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Dalam konteks ekonomi negara, mereka adalah kumpulan yang paling terkesan…
Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

Golongan B40 dan M40 merupakan dua kumpulan utama dalam kategori pendapatan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan dalam pelbagai dasar…