FELCRA Berhad buka pengambilan pelbagai jawatan kosong: Gaji dari RM1,320 hingga RM2,600

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, FELCRA Berhad kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PENGURUS PERTANIAN GRED BAND 3(A)
    • Gaji permulaan: RM2,600/sebulan
  2. EKSEKUTIF PERLADANGAN GRED BAND 1(A)
    • Gaji permulaan: RM1,800/sebulan
  3. PENOLONG EKSEKUTIF PERLADANGAN GRED A & T2 
    • Gaji permulaan: RM1,320/sebulan

 

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Kepujian Bahasa Malaysia (Termasuk Lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Syarikat;

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan jawatan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan jawatan yang boleh dimuat turun di portal rasmi FELCRA Berhad atau DI SINI.

Borang yeng lengkap kemudiannya hendaklah dilampirkan bersama resume, satu salinan kad pengenalan, salinan sijil-sijil berkaitan dan lain-lain dokumen sokongan yang telah disahkan, berserta gambar berukuran pasport terkini.

Borang permohonan dan semua lampiran juga hendakhlah diubah kepada bentuk Portable Document Format (PDF) dan dihantar ke alamat e-mel: [email protected] dan [email protected].

Tarikh tutup permohonan pada 15 MAC 2022 (SELASA).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Jawatan Kosong KTMB Pengambilan Julai 2025: Syarat Kelayakan SPM - Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 Masih Dibuka: RM500 Setiap Bulan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu sara hidup semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia. Kenaikan harga barangan asas, perumahan,…