felda

FELDA buka banyak jawatan kosong: Kelayakan SPM – Ijazah, Gaji sehingga RM2,499

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

  1. PENOLONG PEGAWAI PENGURUSAN UTILITI
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Gaji: RM1,500 – RM1,999
  2. PEMBANTU TADBIR PENGURUSAN UTILITI
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Gaji: RM1,200 – RM1,499
  3. PEMBANTU TADBIR PENGURUSAN PROJEK
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Gaji: RM1,200 – RM1,499
  4. PENOLONG PEGAWAI PENGURUSAN PROJEK
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Gaji: RM1,500 – RM1,999
  5. PEGAWAI PENGURUSAN PROJEK
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Gaji: RM2,000 – RM2,499
  6. PEGAWAI STRATEGIK & PENGKOMERSIALAN ASET
    • Taraf Jawatan: Kontrak

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana Muda (mengikut ketetapan jawatan kosong).

Bidang Tugas

  • PENOLONG PEGAWAI PENGURUSAN UTILITI
    • Menerima dan menyemak data berkenaan penghasilan dan penggunaan tenaga bagi operasi pembekalan utiliti (elektrik dan air bersih) FELDA Sabah;
    • Menerima dan menyemak delivery order (DO) bagi penerimaan bekalan keperluan pengurusan utiliti Sabah seperti bahan bakar dan bahan kimia;
    • Menyemak dan mengesahkan aktiviti senggaraan utiliti yang berlaku bagi sistem bekalan elektrik dan air;
    • Memantau operasi pengurusan utiliti FELDA Sabah (elektrik dan air);
    • Memantau kutipan bil elektrik dan air di FELDA Sabah serta cost sharing exercise bagi penjanaan bekalan elektrik dan air bersih.
  • PEMBANTU TADBIR PENGURUSAN UTILITI
    • Membantu dalam proses pengumpulan dan analisa permohonan peruntukan untuk pelaksanaan projek pembekalan utiliti;
    • Menjalankan kawalan fail dan pengurusan dokumen projek seperti rekod pelaporan bulanan dan pemantauan projek, serta dokumen bayaran kemajuan kerja dengan cekap dan teratur;
    • Membantu mengemaskini pelaporan bulanan kepada agensi kerajaan melalui sistem atas talian (MyProjek)
  • PEMBANTU TADBIR PENGURUSAN PROJEK
    • Membantu dalam proses pengumpulan dan analisa permohonan peruntukan untuk pelaksanaan projek daripada pengurusan Jabatan atau Wilayah;
    • Menjalankan kawalan fail dan pengurusan dokumen projek seperti rekod pelaporan bulanan dan pemantauan projek, serta dokumen bayaran kemajuan kerja dengan cekap dan teratur;
    • Membantu mengemaskini pelaporan bulanan kepada agensi kerajaan melalui sistem atas talian (MyProjek)
  • PENOLONG PEGAWAI PENGURUSAN PROJEK
    • Menguruskan permohonan dana kerajaan yang merangkumi naik taraf jalan kampung, pembaikan longkang dan saliran, tenaga boleh diperbaharui, dan lain-lain skop berkaitan;
    • Menyelaras perbelanjaan dana kerajaan dan dana FELDA yang telah diperolehi supaya mematuhi peraturan serta SOP pengurusan projek kerajaan seperti permohonan kelulusan kepada Lembaga Pengarah, Kementerian Kewangan dan lain-lain;
    • Menyelaras gerak kerja pelaksanaan projek bersama dengan pihak perunding serta agensi-agensi kerajaan lain yang terlibat;
    • Memantau pelaksanaan projek untuk tujuan pelaporan kepada Pengurusan Tertinggi FELDA, JPM, KKDW, Kementerian Ekonomi.

 

  • PEGAWAI PENGURUSAN PROJEK
    • Menguruskan permohonan dana kerajaan bagi pembinaan projek perumahan dan infrastruktur berkaitan;
    • Menyelaras perbelanjaan dana kerajaan dan dana FELDA yang telah diperolehi supaya mematuhi peraturan serta SOP pengurusan projek kerajaan seperti permohonan kelulusan kepada Lembaga Pengarah, Kementerian Kewangan dan lain-lain;
    • Menyelaras gerak kerja pelaksanaan projek bersama dengan pihak perunding serta agensi-agensi kerajaan lain yang terlibat;
    • Memantau pelaksanaan projek untuk tujuan pelaporan kepada Pengurusan Tertinggi FELDA, JPM, KKDW, Kementerian Ekonomi.
  • PEGAWAI STRATEGIK & PENGKOMERSIALAN ASET
    • Mengkaji potensi aset-aset FELDA sedia ada bagi memaksimumkan pulangan kepada FELDA;
    • Menjalankan due diligence ke atas cadangan-cadangan pengkomersialan aset untuk kelulusan pihak pengurusan;
    • Melaksanakan tugas-tugas pengkomersialan aset-aset FELDA di seluruh negara termasuklah sewaan, pajakan, penjualan, projek pembangunan semula mengikut garis panduan sedia ada;
    • Menguruskan pemegang taruh-pemegang taruh yang terlibat dengan aset komersial seperti penyewa/pemajak, pihak pemaju, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, peneroka/warga peneroka, Kementerian.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal MyFutureJobs. Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 26 DAN 30 SEPTEMBER 2024 (mengikut jawatan).

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pengambilan Jawatan Kosong MIROS, Ambilan Disember 2024: Gaji RM1,500 - RM4,680

Pada ketika ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…
Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Ini Syarat-Syarat & Memohon Rumah Mesra Rakyat

Rumah bukan sekadar tempat berlindung, tetapi juga simbol kestabilan dan kesejahteraan hidup. Memiliki kediaman yang selesa menjadi impian setiap individu,…
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025: Ini jumlah bayaran untuk isi rumah, bujang dan warga emas

Golongan B40 dan M40 merupakan tulang belakang kepada pembangunan ekonomi dan sosial di Malaysia. B40, yang merangkumi 40% penduduk dengan…