FELDA buka pengambilan pelbagai kekosongan jawatan: Gaji dari RM1,218 sehingga RM9,551

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEGAWAI PERTANIAN – G41
    • Gaji: RM2,084 – RM9,551
  2. PEGAWAI TADBIR – N41
    • Gaji: RM2,080 – RM9,546
  3. PENOLONG PEGAWAI PERANCANGAN TANAH – G29
    • Gaji: RM1,494 – RM5,674
  4. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) – N19
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  5. SETIAUSAHA PEJABAT – N19
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  6. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN – N19
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  7. PENYELIA RANCANGAN TANAH – G19
    • Gaji: RM1,357 – RM4,008
  8. PEMANDU KENDERAAN – H11
    • Gaji: RM1,218 – RM2,939

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.

*Bagi senarai syarat-syarat umum kelayakan kekosongan jawatan boleh rujuk – DI SINI. 

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan berkelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat secara atas talian di laman web – FRMS FELDA (KLIK SINI).

Bagi memudahkan permohonan di laman web berkenaan, pemohon dikehendaki membukanya melalui PC/desktop/laptop untuk pendaftaran.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Tarikh tutup pemohonan adalah pada 25 OKTOBER 2021. 

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…