finas

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:

Maklumat Jawatan Kosong FINAS

  1. PEGAWAI TADBIR N9 
    • Jenis Jawatan: Personel MySTEP
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Kadar Upah: RM2,100
  2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N5
    • Jenis Jawatan: Personel MySTEP
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Kadar Upah: RM1,900
  3. PEMBANTU TADBIR 
    • Jenis Jawatan: Personel MySTEP
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Kadar Upah: RM1,700

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun;
  • Mempunyai kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf;
  • Berkemahiran menggunakan perisian Microsoft Office (Word, Powerpoint dan Excel); e) Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang baik;
  • Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib / bankrap / tiada rekod jenayah;
  • Bersedia melaksanakan tugasan luar kawasan dan fleksibel untuk bekerja diluar waktu pejabat mengikut keperluan program;
  • Mempunyai keupayaan multitasking dan multiskilling dalam melaksanakan kerja;
  • Mempunyai asas kemahiran grafik rekabentuk untuk tujuan penyediaan bahan promosi dan dokumentasi.

Bidang Tugas

PEGAWAI TADBIR N9 

  • Bertanggungjawab dalam memproses borang permohonan dana;
  • Urus setia mesyuarat jawatankuasa berkaitan;
  • Menyelia dan memantau pelaksanaan projek dari mula sehingga tutup projek. d) Bertanggungjawab dalam penyediaan bahan-bahan yang berkaitan termasuklah urusan penyediaan dokumen atau nota laporan;
  • Melaksanakan tugas-tugas mengemaskini serta pengumpulan data yang diperlukan;
  • Menerima arahan dari semasa ke semasa apabila diperlukan.

 

PENOLONG PEGAWAI TADBIR N5

  • Bertanggungjawab membantu dalam memproses borang permohonan dana;
  • Membantu urus setia dalam pelaksanaan mesyuarat jawatankuasa;
  • Membantu dalam memantau pelaksanaan projek dari mula sehingga selesai tutup projek;
  • Menyediakan surat-surat tawaran dan penyediaan kontrak perjanjian;
  • Membantu melaksanakan tugas-tugas mengemaskini serta pengumpulan data yang diperlukan;
  • Menerima arahan dari semasa ke semasa apabila diperlukan.

 

PEMBANTU TADBIR 

  • Menerima dan menyemak dokumen permohonan dana;
  • Membantu urus setia dalam pelaksanaan mesyuarat jawatankuasa;
  • Membantu penyediaan dokumen pembayaran projek;
  • Membantu dalam memantau pelaksanaan projek dari mula sehingga selesai tutup projek;
  • Membantu pengurusan fail dan dokumen;
  • Melaksanakan kerja-kerja perkeranian;
  • Menerima arahan dari semasa ke semasa apabila diperlukan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar resume (termasuk gambar berukuran pasport), salinan sijil kelahiran, salinan kad pengenalan (depan dan belakang) diimbas (scan) terlebih dahulu serta disimpan dalam pfd atau jpeg, salinan sijil SPM/STPM/STAM/ Diploma/Ijazah Sarjana Muda (dilampirkan bersama transkrip) dan salinan Sijil Berhenti Sekolah ke alamat e-mel: [email protected]

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan serta disenarai pendek sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 30 OKTOBER 2025 (KHAMIS).

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) adalah hasil dari cadangan Jawatankuasa Kemajuan Filem Nasional. FINAS ditubuhkan pada 26 Julai 1980 dan mula beoperasi di Jalan Ampang kemudian berpindah ke Kompleks Studio Merdeka, Hulu Kelang pada 19 Disember 1988.

Bermula pada 27 Disember 2004, FINAS diletakkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia dan merupakan agensi Kementerian Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan Warisan bermula pada tahun 2008. Mulai April 2008 FINAS diletakkan di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Finas turut terbabit dengan penggalakkan perfileman di Malaysia, dan dengan perlaksanaan Akta Penggalakan Pelaburan, 1986 turut memancu aktiviti pengeluaran filem dan video tempatan. Finas juga turut menubuhkan Akademi Filem pada 1987, yang bertujuan bagi memberikan latihan formal jangka pendek, peringkat sijil dan diploma kepada golongan karyawan yang berminat dalam bidang perfileman. Selain itu pengeluar-pengeluar filem tempatan juga menikmati galakan kewangan kerajaan di bawah Skim Pemberian Galakan melalui Cukai Hiburan.

Misi FINAS termasuklah untuk memacu industri perfileman Malaysia ke peringkat Antarabangsa; memperkasakan perkhidmatan dan kemudahan yang cekap dan berkesan; memperkasakan profesionalisme dalam kalangan pengiat industri dan meningkatkan sokongan, penontonan dan semangat mencintai filem tempatan.

 

ARTIKEL BERKAITAN

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…
Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…