Khabar gembira kepada yang sedang mencari pekerjaan, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) kini sedang membuka beberapa kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.
Pengambilan jawatan di FINAS adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat jawatan
- PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA – KP29
- Gaji: RM1,493 – RM5,696
- PENOLONG JURUTERA – JA29
- Gaji: RM1,549 – RM5,701
- PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT – N19
- Gaji: RM1,352 – RM4,003
- PENERBIT RANCANGAN – B19
- Gaji: RM1,360 – RM4,032
- PENJAGA JENTERA ELEKTRIK – J19
- Gaji: RM1,377 – RM4,052
- JURUFOTOGRAFI – B19 (SARAWAK)
- RM1,360 – RM4,032
- PEMANDU KENDERAAN – H11 (SARAWAK)
- RM1,218 – RM2,939
Syarat-syarat kelayakan
Bagi lantikan, calon hendaklah:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) sehingga Diploma mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
*Untuk syarat-syarat kelayakan secara terperinci, KLIK SINI.
Kelayakan Bahasa Melayu (SPM dan ke atas)
Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara memohon
Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk DI SINI. Manakala permohonan pula hendaklah dibuat secara atas talian di sistem e-Perjawatan FINAS (KLIK SINI).
Pemohon hendaklah mengisi nama jawatan yang lengkap seperti yang tertera di ruangan iklan ketika membuat permohonan di sistem berkenaan.
Pemohon turut perlu memuat naik dokumen-dokumen berikut:
- Gambar berukuran pasport terkini
- Salinan Sijil kelahiran
- Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang) diimbas (scan) terlebih dahulu dan disimpan sebagai (.pdf atau .jpeg)
- Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Diploma
Hanya calon yang menepasti syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.
Tarikh tutup permohonan pada 08 OGOS 2021.