frim

FRIM buka tawaran pelbagai jawatan kosong sesi Mei 2024: Gaji RM2,315 hingga RM9,618

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan FRIM

  1. PEGAWAI PENYELIDIK (EDITOR PENERBITAN) Q41
    • Taraf Perkhidmatan: Tetap
    • Bidang: Editor Penerbitan
    • Penempatan: Bahagian Perkhidmatan Teknikal
    • Jadual Gaji: RM2,315 – RM9,618
    • Imbuhan:
      • Tetap Khidmat Awam: RM300
      • Tetap Perumahan:RM300
      • Bantuan Sara Hidup: RM300
  2. PEGAWAI PENYELIDIK (PEMBANGUNAN SISTEM) Q41
    1. Taraf Perkhidmatan: Kontrak
    2. Bidang: Pembangunan Sistem
    3. Penempatan: Bahagian Perkhidmatan Teknikal
    4. Jadual Gaji: RM2,315 – RM9,618
    5. Imbuhan:
      • Tetap Khidmat Awam: RM300
      • Tetap Perumahan:RM300
      • Bantuan Sara Hidup: RM300
  3. PEGAWAI PENYELIDIK (RANGKAIAN) Q41
    • Taraf Perkhidmatan: Kontrak
    • Bidang: Rangkaian
    • Penempatan: Bahagian Perkhidmatan Teknikal
    • Jadual Gaji: RM2,315 – RM9,618
    • Imbuhan:
      • Tetap Khidmat Awam: RM300
      • Tetap Perumahan:RM300
      • Bantuan Sara Hidup: RM300

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang sains yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pertanian atau perikanan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian
    tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Ijazah Sarjana dalam bidang sains atau kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
  • Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang sains atau kejuruteraan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  • Calon bagi lantikan ke Pegawai Penyelidik Gred Q41 hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online)  yang boleh diakses di laman sesawang Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Calon juga dikehendaki memuatnaik resume yang lengkap (kelayakan akademik, pengalaman kerja, gambar berukuran passport serta salinan sijil-sijil berkaitan) semasa membuat permohonan.

Pemohon perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Tarikh tutup permohonan pada 21 MEI 2024 (SELASA).

Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

FRI  adalah antara institusi terkemuka dalam penyelidikan perhutanan tropika di dunia. Ditubuhkan pada 1926, FRIM yang dahulunya dikenali sebagai Institut Penyelidikan Perhutanan menjadi sebuah badan berkanun sepenuhnya dengan ditadbir oleh Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (MFRDB) bawah Kementerian Perusahaan Utama pada 1985.

Sejak 2003, MFRDB dan FRIM dipindahkan ke bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Mulai 1 Oktober 2016, Akta FRIM telah dikuatkuasakan dan MFRDB digantikan oleh anggota Institut dengan tambahan empat orang wakil dari sektor korporat untuk membantu usaha komersialisasi. NRE telah disusun semula menjadi Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) pada 2023.

ARTIKEL BERKAITAN

Pendapatan bawah RM10,959 layak terima Bantuan RM500: Cara buat permohonan

Pendapatan bawah RM10,959 layak terima Bantuan RM500: Cara buat permohonan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat  Persekutuan atau…
Pengambilan lebih 30 kekosongan di Kementerian Kerja Raya Malaysia: Gaji RM2,529 - RM9,643

Pengambilan lebih 30 kekosongan di Kementerian Kerja Raya Malaysia: Gaji RM2,529 - RM9,643

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong sebagai…
Tidak semua layak buat pengeluaran dari Akaun Fleksibel KWSP: Ini penjelasan layak atau tidak

Tidak semua layak buat pengeluaran dari Akaun Fleksibel KWSP: Ini penjelasan layak atau tidak

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai insiatif dan bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan. Antaranya adalah melalui Kumpulan Wang…