GKP 4.0 Fasa 1 sebanyak RM500 untuk yang layak ~ Bulan mula bayaran & kaedah pembayaran

Geran Khas Prihatin 4.0 (GKP 4.0) adalah sebahagian daripada inisiatif yang diperkenalkan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi membantu usahawan yang terjejas akibat pandemik yang melanda.

Untuk GKP 4.0, setiap permohonan yang diluluskan akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM1,000 yang akan dibayar secara dua fasa dengan pembayaran RM500 untuk setiap fasa.

Tarikh Pembayaran

Pembayaran GKP 4.0 untuk Fasa 1 akan bermula pada bulan September 2021. Berikut adalah penerangan lanjutnya:

Akan tetapi, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) masih lagi belum mengumumkan tarikh khusus pembayaran GKP 4.0 dan ia akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Kaedah Pembayaran GKP 4.0

Pembayaran GKP 4.0 akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan baharu GKP 4.0 atau penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0.

Diingatkan juga bahawa akaun bank persendirian pemohon mestilah sama ada akaun bank simpanan atau semasa yang aktif.

Semakan Status

Bagi yang telah memohon atau penerima sedia ada GKP 1.0, 2.0 dan 3.0, semakan status boleh dibuat di laman rasmi GKP – DI SINI.

Maklumat lengkap dan terperinci berkenaan GKP 4.0 turut boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…