GKP 4.0 Fasa 2 mula dibayar pada hari ini (23 November): Ini jumlah yang akan diterima

Di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), pihak kerajaan telah memperkenalkan bantuan kewangan yang dikenali sebagai Geran Khas Prihatin 4.0 (GKP 4.0).

GKP 4.0 diperkenalkan sebagai bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi membantu aliran tunai perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Mereka yang layak menerima bantuan ini adalah para pengusaha PKS mikro yang berstatus Lulus GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0 dan permohon baharu GKP 4.0 yang diluluskan.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan GKP 4.0 adalah sebanyak RM1,000 yang dibayar secara dua fasa. Untuk Fasa 1, pembayarannya telah pun selesai pada bulan September lalu dengan nilai sebanyak RM500.

Makanya, baki RM500 lagi akan dibayar di Fasa 2 ini kepada yang layak.

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob – pembayaran GKP 4.0 Fasa 2 akan dibuat mulai 23 November 2021, Selasa. Pembayaran ini nanti akan dimanfaatkan oleh lebih sejuta perusahaan kecil sederhana (PKS) mikro yang layak.

Pembayarannya juga akan dilaksanakan seperti mana fasa sebelumnya iaitu dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan baharu GKP 4.0 atau penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0.

Penerima perlu memastikan akaun bank persendirian mestilah sama ada akaun bank simpanan / semasa yang aktif sahaja.

Semakan GKP 4.0

Bagi mereka yang telah membuat permohonan, semakan status kelulusan dan pembayaran GKP 4.0 boleh dibuat secara atas talian (online) di portal rasmi GKP – DI SINI.

Pengguna hanya perlu mengisi nombor Kad Pengenalan di ruang yang disediakan dan mengisi captcha untuk membuat semakan.

Maklumat lanjut dan lengkap berkenaan pelaksanaan GKP 4.0 turut boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…