GKP 4.0 Fasa 2 mula dibayar pada hari ini (23 November): Ini jumlah yang akan diterima

Di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), pihak kerajaan telah memperkenalkan bantuan kewangan yang dikenali sebagai Geran Khas Prihatin 4.0 (GKP 4.0).

GKP 4.0 diperkenalkan sebagai bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi membantu aliran tunai perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Mereka yang layak menerima bantuan ini adalah para pengusaha PKS mikro yang berstatus Lulus GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0 dan permohon baharu GKP 4.0 yang diluluskan.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan GKP 4.0 adalah sebanyak RM1,000 yang dibayar secara dua fasa. Untuk Fasa 1, pembayarannya telah pun selesai pada bulan September lalu dengan nilai sebanyak RM500.

Makanya, baki RM500 lagi akan dibayar di Fasa 2 ini kepada yang layak.

Tarikh Pembayaran

Berdasarkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob – pembayaran GKP 4.0 Fasa 2 akan dibuat mulai 23 November 2021, Selasa. Pembayaran ini nanti akan dimanfaatkan oleh lebih sejuta perusahaan kecil sederhana (PKS) mikro yang layak.

Pembayarannya juga akan dilaksanakan seperti mana fasa sebelumnya iaitu dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan baharu GKP 4.0 atau penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0.

Penerima perlu memastikan akaun bank persendirian mestilah sama ada akaun bank simpanan / semasa yang aktif sahaja.

Semakan GKP 4.0

Bagi mereka yang telah membuat permohonan, semakan status kelulusan dan pembayaran GKP 4.0 boleh dibuat secara atas talian (online) di portal rasmi GKP – DI SINI.

Pengguna hanya perlu mengisi nombor Kad Pengenalan di ruang yang disediakan dan mengisi captcha untuk membuat semakan.

Maklumat lanjut dan lengkap berkenaan pelaksanaan GKP 4.0 turut boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…
Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Musim tengkujuh merupakan fenomena cuaca yang berlaku secara tahunan di Malaysia, terutamanya antara bulan November hingga Mac. Ia biasanya dikaitkan…