GKP 4.0 mula dibayar pada 21 September 2021 ~ Jumlah bayaran & semakan status

Seperti mana yang ditunggu-tunggu, nampaknya pembayaran Geran Prihatin Rakyat 4.0 (GKP 4.0) akan bermula pada 21 September 2021 ini.

Memetik kenyataan dari Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pembayaran bantuan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) itu akan memberi manfaat kepada lebih 1 juta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro untuk meringankan beban mereka dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar.

Pembayaran ini juga merupakan Fasa 1 untuk GKP 4.0

Jumlah Bayaran

Pembayaran GKP 4.0 akan melalui dua fasa iaitu pada bulan September dan November 2021.

Berikut adalah jumlah bayarannya:

Kaedah pembayarannya pula adalah secara kredit terus ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan baharu GKP 4.0 atau penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0. Akaun bank persendirian itu juga mestilah sama ada akaun bank simpanan / semasa yang aktif sahaja.

Semakan Status

Berkenaan dengan semakan status kelulusan GKP 4.0, ia boleh dibuat bermula pada 20 September 2021 di laman rasmi GKP – DI SINI.

Pemohon hanya perlu mengisi nombor Kad Pengenalan di ruang yang disediakan dan mengikuti tatacara seterusnya.

Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP 4.0, ia boleh dikemukakan dengan menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

Maklumat terperinci berkenaan GKP 4.0 juga boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…
Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…