Golongan berpengaruh patut tunjuk teladan baik, bukan buka ruang fitnah – Timbalan Mufti Perak

Golongan berpengaruh di negara ini wajib mengelakkan diri dari ruang fitnah, kerana segala tindak tanduk mereka menjadi perhatian, ikutan dan hujahan masyarakat.

Memetik laporan Sinar Harian, Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata fitnah itu sememangnya haram di sisi Islam dan kerana itulah seseorang itu wajib mengelakkan diri daripada membuka ruang untuk difitnah.

Tanpa memperincikan pihak yang dimaksudkan, beliau menambah golongan sedemikian sepatutnya menunjukkan teladan yang balik, lebih-lebih lagi ketika mana negara masih menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Paling penting dan wajib dilakukan ialah menghindarkan diri daripada kelakuan atau perbuatan yang membawa kepada fitnah. Apabila ada ruang untuk berprasangka, maka seterusnya akan berlaku fitnah dalam kalangan masyarakat,” katanya, petikan dari Sinar Harian.

Tambahnya lagi, kes-kes yang melibatkan individu berpengaruh sejak kebelakangan ini tidak membawa sebarang kebaikan sama sekali, sebaliknya hanya akan menyemarakkan lagi bibit-bibit fitnah dan tuduh-menuduh antara satu sama lain.

“Mereka perlu menjadi contoh (qudwah) kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang yang digubal,” katanya.

Sebelum ini, ramai dikalangan masyarakat menzahirkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati dengan tindakan beberapa orang selebriti dan instafamous yang bertindak melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP.

Malah, rasa tidak puas hati juga terbit dengan tindakan beberapa orang agamawan yang hadir ke sebuah majlis pernikahan selebriti dan majlis tahnik sempena kelahiran anak kedua penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.

Sumber: Sinar Harian.

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…