Guna MySejahtera atau secara manual: Ini cara mendaftar dapatkan vaksin secara sah

Selaras dengan hasrat kerajaan dan para pakar perubatan, rakyat Malaysia amat digalakkan untuk mengambil vaksin Covid-19 sebagai langkah pencegahan dari wabak ini terus menular. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga telah menerima suntikan vaksin pertama daripada dua dos vaksin Pfizer-BioNTech di Pejabat Kesihatan Putrajaya pada 24 Februari 2021 lalu.

Oleh itu, kepada yang hendak menerima vaksin – pendaftaran boleh dilakukan di aplikasi MYSEJAHTERA versi 1.0.28. Bagi mendapatkan versi ini, pengguna haruslah mengemaskini dahulu aplikasi berkenaan sebelum boleh mendaftar.

Berikut adalah tatacara mendaftar vaksinasi di MYSEJAHTERA:

  1. Kemaskini aplikasi berkenaan di App Store, Google Play Store atau HUAWEI AppGallary (bergantung pada jenis telefon pintar).
  2. Klik logo Vaksinasi COVID-19.
  3. Klik “Vaksin untuk (nama anda)” dan sahkan maklumat anda.
  4. Klik “DI SINI” untuk memberikan maklumat tambahan.
  5. Jawab soalan dan klik “HANTAR”.

 

Selepas pendaftaran, beberapa prosedur akan berlaku iaitu:

  1. Maklumat temujanji akan diberikan secara berperingkat selaras dengan fasa vaksinasi yang telah dikenal pasti untuk anda.
  2. Pastikan anda aktifkan “push notification” dalam aplikasi MySejahtera anda untuk menerima maklumat temujanji.
  3. Maklumat lanjut berhubung fasa vaknisasi boleh didapati di: https://www.vaksincovid.gov.my/

 

Selain menggunakan aplikasi MYSEJAHTERA, terdapat juga kaedah pendaftaran secara manual. Orang ramai boleh mendaftar dengan menghubungi talian hotline (akan dimaklumkan kemudian), hadir ke fasiliti klinik kesihatan awam dan swasta atau menerusi program bantuan bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Bagaimanapun, bagi fasa pertama pemberian vaksin yang dijadualkan bermula pada 24 Feb 2021 hingga April akan membabitkan anggota barisan hadapan. Untuk fasa kedua dari April hingga Ogos pula adalah bagi warga emas berumur 60 tahun, kumpulan rentan dan orang kurang upaya (OKU).

Manakala, pada fasa ketiga bermula Mei 2021 hingga Februari 2022 adalah untuk kumpulan berusia 18 tahun dan ke atas. Bagi maklumat lanjut mengenai vaksin, anda boleh layari https://www.vaksincovid.gov.my/

_________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…
Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Bantuan Musim Tengkujuh RM800: Senarai Penuh Mereka Yang Layak & Cara Memohonnya

Musim tengkujuh merupakan fenomena cuaca yang berlaku secara tahunan di Malaysia, terutamanya antara bulan November hingga Mac. Ia biasanya dikaitkan…