Harga rumah RM35,000 & RM42,000 seunit: Syarat-syarat & cara memohon rumah PPR Dimiliki

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, kerajaan telah memperkenalkan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang bertujuan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.

Terdapat dua kategori PPR iaitu PPR Disewa (KLIK SINI, untuk info lanjut) dan PPR Dimiliki. Bagi PPR Dimiliki – ia dijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.

Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan PPR Dimiliki: –

Ciri-ciri Rumah PPR

  • Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan: 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air

Kemudahan Asas

  • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
  • Surau/Ruang Solat
  • Gerai Makan/Ruang Niaga
  • Tadika
  • Kemudahan OKU
  • Taman Permainan/Kawasan Lapang
  • Rumah Sampah

Syarat-syarat Kelayakan

Bagi yang ingin memohon, mereka hendaklah menepati syarat-syarat berikut:

  • Pemohon dan pasangan adalah Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri

Cara Memohon

Bagi senarai projek PPR Dimiliki, ia boleh dirujuk di laman web: TEDUH Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan – DI SINI.

Untuk permohonan pula, ia hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) – KLIK SINI.

Maklumat terperinci PPR Dimiliki juga boleh dirujuk DI SINI, atau jika terdapat sebarang persoalan tentangnya, ia boleh dikemukakan kepada Bahagian Perancangan Perumahan di talian:

  • 03-88914052 (Selangor, Melaka, Johor, Ng. Sembilan)
  • 03-88914278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak)
  • 03-88914028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB): Taraf Jawatan Tetap, Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

200 Jawatan Kosong Guru KAFA: Permohonan Dibuka Sehingga 15 November 2025

Pada ketika ini, Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Jawatan Kosong Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB): Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang…