Harga serendah RM35,000 seunit: Ini cara memohon Rumah PPR Dimiliki untuk golongan B40

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pihak kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperkenalkan Skim Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dimiliki.

PPR Dimiliki adalah sebuah program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah. Rumah-rumah PPR Dimiliki ini dijual pada harga RM35,000 sehingga RM43,000 seunit.

Ciri-ciri Rumah PPR Dimiliki

  • Kawasan bandar – bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
  • Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
  • Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
  • Binaan rumah: 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur & 2 Bilik Air
  • Kemudahan Asas:
    • Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
    • Surau/Ruang Solat
    • Gerai Makan/Ruang Niaga
    • Tadika
    • Kemudahan OKU
    • Taman Permainan/Kawasan Lapang
    • Rumah Sampah

Syarat-syarat Memohon

  • Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan;
  • Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah;
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

 

Cara Memohon

Untuk senarai Projek Rumah PPR Dimiliki yang sedang dibuka, ia boleh dilihat – DI SINI.

Pemohon kemudiannya boleh klik pada projek berkenaan bagi melihat maklumat terperinci seperti jumlah unit, keluasan tapak projek, hak milik tanah dan tarikh tutup permohonan.

Bagi ingin memohon, pemohon boleh klik pada ‘MOHON DI SINI’ di projek yang sedang dibuka.

Jika terdapat sebarang pertanyaan berkenaan program bantuan ini, boleh hubungi Bahagian Perancangan Perumahan di talian:

  • 03-88914052 (Selangor, Melaka, Johor, Ng. Sembilan);
  • 03-88914278 (Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak);
  • 03-88914028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu).

 

Maklumat lanjut dan terperinci berkenaan PPR Dimiliki juga boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…