i-Akaun KWSP

i-Akaun KWSP: Cara buat pengeluaran dari Akaun 2 ( Akaun Sejahtera) untuk semua pencarum

Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Negeri ataupun Kerajaan Persekutuan. Pihak Kerajaan juga telah membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui pelbagai program seperti i-Sinar, i-Lestari, i-Citra dan sebagainya.

Dalam masa sama, terdapat pelbagai faktor yang membolehkan para ahli membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 2 KWSP. Akaun Sejahtera atau Akaun 2 ini diwujudkan bagi memenuhi keperluan kitaran hidup pra-persaraan bagi jangka sederhana yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan.

Pengeluaran Akaun 2 KWSP

Pada ketika ini, terdapat pelbagai faktor yang membolehkan pengeluaran simpanan dari Akaun 2. Antaranya adalah:

Pembiayaan Pendidikan 

Ahli boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan mereka dari Akaun 2 (Akaun Sejahtera) bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan. Kos yang boleh dibiayai dengan pengeluaran ini adalah:

  • Yuran pengajian dan caj yang dikenakan oleh institusi pengajian atau jumlah baki pinjaman;
  • Yuran hostel dan penginapan;
  • Penerbangan sehala untuk pelajar tahun pertama yang belajar di luar kawasan/luar negara.

 

Membayar Ansuran Bulanan Perumahan

Dalam usaha untuk meringankan beban pemilik rumah, KWSP memperkenalkan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan. Melaluinya, pencarum boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 untuk membayar ansuran bulanan pinjaman perumahan sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan anda selesai.

Rumah kediaman yang dibenarkan adalah jenis banglo/ teres/ berkembar/ apartmen/ kondominium/ apartmen studio/ apartmen servis/ townhouse/ Small Office Home Office (SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.

Membeli Rumah 

Bagi membantu pencarum merancang persaraan yang selesa, KWSP membenarkan mereka mengeluarkan simpanan dari Akaun 2 untuk membiayai pembelian rumah. Pengeluaran individu bagi pinjaman perumahan ditetapkan dengan perbezaan di antara harga rumah dengan pinjaman + 10% daripada harga rumah ATAU semua simpanan dalam Akaun Sejahtera (mana lebih rendah).

Membiayai Kos Perubatan

Kos perubatan mungkin menjadi beban kewangan utama di kalangan sesetengah pencarum KWSP. Oleh itu, ahli yang menghadapi masalah kesihatan, KWSP membenarkan pengeluaran sebahagian dari Akaun 2. Pengeluaran ini boleh digunakan untuk menampung kos perubatan bagi penyakit yang diluluskan, peralatan kesihatan, dan rawatan kesuburan.

Antara syaratnya adalah semua peralatan perubatan dan/atau ubat yang disarankan oleh doktor (secara bertulis) adalah layak untuk pengeluaran kesihatan dan tertakluk kepada jenis penyakit, yang dibenarkan oleh KWSP.

Menunaikan Haji

Bagi pencarum beragama Islam yang merancang untuk mengerjakan ibadat haji, mereka boleh menggunakan simpanan Akaun 2 sebagai tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan.

Jumlah yang boleh dikeluarkan pula adalah perbezaan jumlah kos haji dengan baki simpanan akaun LTH ahli tertakluk kepada amaun maksimum RM3,000 ATAU Baki Akaun Sejahtera (mengikut mana yang lebih rendah)

Syarat-syarat yang ditetapkan adalah umur bawah 55 tahun; dipilih untuk melakukan ibadat haji oleh LTH; tidak pernah memohon pengeluaran haji dan simpanan di LTH tidak mencukupi.

Mencapai Usia 50 Tahun

Apabila pencarum mencapai umur 50 tahun, mereka boleh memilih untuk membuat pengeluaran sebahagian sekali sahaja daripada simpanan Akaun 2. Perkara itu dapat membantu dalam perancangan persaraan dan masa depan kewangan yang lebih terjamin. Akan tetapi, Pengeluaran ini hanya boleh dimohon sekali sahaja.

Cara Memohon Pengeluaran Akaun 2

Permohonan pengeluaran-pengeluaran ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal i-Akaun KWSP. Selain itu, pengeluaran juga boleh dibuat secara manual dengan hadir ke cawangan-cawangan KWSP berhampiran.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Maklumat lengkap berkenaan faktor-faktor yang membenarkan pengeluaran KWSP Akaun 2 boleh dirujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

RM500 Dikreditkan Ke Akaun Setiap Bulan: Ini Cara Memohon Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025

RM500 Dikreditkan Ke Akaun Setiap Bulan: Ini Cara Memohon Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025

Kebajikan merupakan asas penting dalam membentuk masyarakat yang sejahtera, harmoni dan bersatu-padu. Menjaga kebajikan bukan sahaja bermaksud memberikan bantuan kepada…
SARA 2025: Ini Cara Membeli Barangan Keperluan Harian Menggunakan Kad Pengenalan (MyKad)

SARA 2025: Ini Cara Membeli Barangan Keperluan Harian Menggunakan Kad Pengenalan (MyKad)

Di sebalik kemajuan ekonomi dan pembangunan pesat yang dikecapi Malaysia, masih wujud sebahagian besar rakyat yang bergelut dengan kos sara…
RM50 - RM200 Mula Dikreditkan Ke MyKad 1 April 2025 Ini: Berikut Cara Menggunakan SARA 2025

RM50 - RM200 Mula Dikreditkan Ke MyKad 1 April 2025 Ini: Berikut Cara Menggunakan SARA 2025

Di Malaysia, istilah B40 merujuk kepada 40 peratus kumpulan isi rumah berpendapatan terendah dalam negara. Kategori ini sering menjadi fokus…