i-lindung

I-Lindung: Kebenaran mengunakan simpanan dalam Akaun 2 KWSP untuk semua pencarum

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan insiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antara adalah melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang sebelum ini telah melancarkan pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif kepada para pencarumnya.

Inisiatif itu termasuklah melalui platform i-Lindung KWSP yang telah diperkenalkan oleh Kerajaan. Ini adalah maklumat lanjut berkenaan inisiatif berkenaan: –

Platform i-Lindung KWSP

Platform i-Lindung pada asasnya merupakan sebuah kemudahan layan diri i-Akaun (Ahli) KWSP yang boleh digunakan untuk membeli produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA).

Dengannya, ahli boleh membeli produk insurans atau takaful daripada Syarikat Insurans & Pengendali Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP untuk diri sendiri dan ahli keluarga. Pada ketika ini, terdapat dua jenis perlindungan yang disediakan iaitu perlindungan hayat dan perlindungan penyakit kritikal.

Inisiatif ini diperkenalkan bagi memberi perlindungan sosial dan kestabilan kewangan kepada ahli KWSP yang memenuhi syarat kelayakan, jika berlaku perkara yang tidak diingini.

Mereka yang boleh dilindingi melalui perlindungan yang disediakan oleh i-Lindung ini adalah ahli KWSP (diri sendiri sebagai Orang Dilindungi Utama); pasangan (tanggungan) dan anak-anak (tanggungan) dengan definisi anak-anak adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang sah taraf.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pengguna i-Akaun (Ahli) KWSP;
  • Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun KWSP.

Cara Memohon i-Lindung

Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, urusan permohonan i-Lindung ini boleh dibuat secara atas talian (online) di KWSP i-Akaun. Tatacara permohonan pula adalah seperti berikut:

  • Langkah 1: Log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun baharu;
  • Langkah 2: Klik ‘Pengeluaran’ dan klik ‘Pelan Perlindungan Ahli’;
  • Langkah 3: Klik ‘Dapatkan sebut harga insurans & takaful’;
  • Langkah 4: Pilih ‘Siapa yang anda ingin lindungi?’ dan kunci masuk semua maklumat;
  • Langkah 5: Pilih ‘Jenis produk’ dan pilih ‘Produk’ untuk pembelian;
  • Langkah 6: ‘Semakan Ringkasan’ maklumat dan lakukan ‘pengisytiharan & persetujuan’;
  • Langkah 7: Permohonan di route ke laman web SIT dan lengkapkan maklumat di SIT;
  • Langkah 8: Pengesahan permohonan bagi membolehkan proses pembayaran dijalankan;
  • Langkah 9: Penerimaan maklumat polisi/sijil dari SIT.

Untuk makluman, perlindungan yang dibeli akan bermula pada hari polisi/sijil yang telah dikeluarkan oleh SIT. Polisi/sijil itu akan dihantar melalui e-mel oleh SIT dan juga boleh didapati dalam ‘Pelan Perlindungan Saya’ di bawah menu i-Lindung.

Setelah permohonan diluluskan, pembayaran kepada SIT tidak akan dilakukan secara serta-merta, tetapi mungkin akan mengambil masa beberapa hari.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Selain itu, polisi/sijil juga akan diperbaharui secara automatik setelah tempoh perlindungan berakhir tertakluk kepada baki di dalam Akaun KWSP anda.

Maklumat lengkap berkenaan i-Lindung boleh dirujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Air bersih merupakan elemen asas yang sangat penting dalam kehidupan harian manusia. Tanpa air yang selamat dan bersih, segala aspek…
Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, yang lazimnya berpendapatan bulanan kurang daripada RM4,850. Dalam…