insentif khas

i-Suri: Cara mendaftar dan mendapatkan insentif khas RM300 dari KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah salah satu tabung simpanan persaraan tertua dan terbesar di dunia. Sejak penubuhannya pada tahun 1951, KWSP komited membantu tenaga kerja Malaysia menyimpan untuk masa depan persaraan mereka, selaras dengan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.

Hari ini, KWSP terus memperkukuh dan mencapai matlamatnya bukan sahaja untuk kekal relevan, tetapi juga bagi membantu membina masa depan persaraan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia. Ini memperkuatkan komitmen KWSP dalam melindungi simpanan ahli serta memperkukuh dedikasinya dalam menyediakan perkhidmatan yang cemerlang.

Dengan misi membantu ahli mencapai pendapatan persaraan yang selesa, KWSP telah mentakrifkan semula peranannya dengan merangkumi pembangunan perlindungan sosial yang menyeluruh bagi warga emas. KWSP terus komited untuk melindungi dan meningkatkan simpanan persaraan para ahlinya, serta memenuhi keperluan penting mereka sepanjang kitaran hidup.

Matlamat tabung persaraan ini adalah untuk memastikan pendapatan persaraan yang berterusan untuk ahli selepas bersara. Ia sekali gus membina asas kesejahteraan yang mampan, holistik, dan adil bagi semua rakyat Malaysia.

Oleh itu, antara program yang telah diperkenalkan oleh KWSP adalah Program i-Suri. Ini adalah maklumat tentang program berkenaan:

Program i-Suri KWSP

Melalui i-Suri, pihak KWSP kini telah membolehkan para suri rumah untuk membuat caruman dan menerima insentif khas dari Kerajaan. Program ini juga diperkenalkan bagi mengiktiraf sumbangan suri rumah kepada keluarga dan pembangunan negara.

Di bawah Program i-Suri ini, terdapat pelbagai faedah yang akan diterima ahli iaitu:

  • Menerima insentif khas sebanyak 50% bagi setiap RM1 caruman, sehingga maksimum insentif khas sebanyak RM300 dalam tahun semasa;
  • Menikmati dividen tahunan ke atas simpanan persaraan;
  • Menerima bantuan kematian (tertakluk kepada terma dan syarat-syarat KWSP);
  • Menerima pelepasan cukai (tertakluk kepada terma dan syarat-syarat KWSP).

 

Objektif utama program ini adalah seperti berikut:

  • Memberikan jaminan pendapatan persaraan kepada suri rumah rentan yang berisiko tinggi mengalami kemiskinan di usia tua;
  • Menjaga kebajikan suri rumah di usia tua atau ketika berlaku perubahan mengejut dalam rumah tangga;
  • Mengiktiraf sumbangan suri rumah dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga dan negara;
  • Menggalakkan budaya menyimpan secara konsisten untuk menjamin pendapatan persaraan di masa hadapan.
  • Sebagai langkah bagi menangani cabaran kewangan yang dihadapi oleh suri rumah, meningkatkan keselamatan kewangan mereka, dan mengiktiraf peranan penting mereka dalam masyarakat.

Syarat-Syarat Kelayakan Program i-Suri KWSP

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  • Pemohon hendaklah belum mencapai usia 55 tahun;
  • Merupakan ahli KWSP;
  • Golongan suri rumah yang telah berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) berdasarkan senarai terkini.

Cara Mendaftar

Bagi mereka yang ingin mendaftar i-Suri KWSP, pendaftaran boleh dibuat dengan pelbagai kaedah iaitu pendaftaran melalui aplikasi KWSP i-Akaun di bawah menu Pendaftaran i-Saraan; melalui laman web rasmi KWSP (daftar i-Suri melalui portal Pendaftaran i-Saraan secara dalam talian di bawah menu Pendaftaran i-Saraan); melalui Self Service Terminal (SST) atau hadir terus ke pejabat KWSP berhampiran (bawa Kad Pengenalan).

Dimaklumkan bahawa, ahli akan didaftarkan di bawah i-Suri secara automatik jika ahli tersenarai di dalam data terkini Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2023.

Had minima caruman di bawah program ini adalah sebanyak RM100 dan maksima pula sebanyak RM100,000 setahun. Cara membuat pembayaran caruman pula adalah secara melalui aplikasi mudah alih KWSP i-Akaun; perbankan internet; ejen bank berdaftar; kaunter ejen bank atau pejabat KWSP terdekat.

Bagi maklumat lebih teliti berkenaan program KWSP ini, boleh dirujuk di Portal Rasminya DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

200 kekosongan jawatan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB): Daftar sekarang!

200 kekosongan jawatan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB): Daftar sekarang!

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) kini sedang membuka pengambilan 200 kekosongan jawatan sebagai…
Bantuan RM1200 tanpa perlu memohon: Diberikan RM100 setiap bulan secara automatik

Bantuan RM1200 tanpa perlu memohon: Diberikan RM100 setiap bulan secara automatik

Pengenalan pelbagai bantuan adalah salah satu usaha Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan juga telah…
Institut Maritim Malaysia buka pelbagai jawatan kosong: Senarai jawatan & cara memohon

Institut Maritim Malaysia buka pelbagai jawatan kosong: Senarai jawatan & cara memohon

Institut Maritim Malaysia (MIMA) sebuah institut di bawah Kerajaan Persekutuan. Pada ketikan ini, MIMA sedang mencari calon yang berkuali untuk…