IKIM buka pengambilan jawatan kosong terkini: Gaji dari RM2,092 hingga RM5,830

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – GRED FA29

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Taraf Jawatan: Kontrak satu tahun sebelum dipertimbangkan ke jawatan tetap (tertakluk kepada prestasi dan syarat-syarat yang ditetapkan)
  • Gaji: RM2,092 – RM5,830
  • Kenaikan tahunan: RM145
  • Elaun: RM160 (Khas), RM300 (Perumahan) & RM350 (Bantuan Sara Hidup).

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 23 tahun (kecuali kes kecemerlangan istimewa) pada tarikh tutup ikan jawatan;
  • Mempunyai sijil dalam bidang Teknologi Maklumat/Prosesan data yang diiktiraf oleh IKIM daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Diploma dalam bidang Sains Komputer/Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh IKIM pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Kepujian Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
  • Mempunyai pengalaman tidak kurang daripada dua tahun bagi pemegang diploma atau tiga tahun pemegang sijil politeknik dalam bidang berkenaan;
  • Mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang baik dalam bidang rangkaian dan pernah mengendalikan peralatan rangkaian seperti Internet Gateway, Network Router, Switches, Wifi Acces Point dan Network Controller;
  • Mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang baik dalam bidang keselamatan ICT merangkumi semua aspek termasuk keselamatan rangkaian, kawalan akses, keselamatan aplikasi, keselamatan infrastruktur ICT seperti server dan end point devices serta berpengalaman dalam mengendali dan mengurus peralatan keselamatan seperti Firewall dan Anti Virus;
  • Mempunyai pengetahuan yang baik dalam infrastruktur ICT termasuk infrastruktur sokongan seperti DNS, Web Proxy dan Active Directory bagi kawalan keselamatan ICT IKIM;
  • Mahir dalam pengurusan dan penyelenggaraan komputer dan laptop serta peralatan sokongan seperti mesin pencetak, CCTV dan network storage; dan
  • Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik, pengalaman bekerja dan berkemahiran di dalam bidang rangkaian dan keselamatan ICT.
  • Calon telah lengkap menerima 2 dos vaksin C-19.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya diri yang lengkap (resume/curriculum vitae) bersama:

  • Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip;
  • Salinan Kad Pengenalan;
  • Salinan Sijil Kelahiran;
  • Salinan Slip gaji terakhir;
  • Nombor telefon untuk dihubungi;
  • Sekeping gambar berukuran passport.

 

Kesemua dokumen tersebut hendaklah disahkan. Surat permohoan dan dokumen-dokumen itu kemudiannya hendaklah dihantar ke alamat:

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku
Off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 KUALA LUMPUR
(u.p.: Unit Modal Insan)

Tel: 03-62046374 Faks: 03-62014189

Hanya calon yang berjaya melepasi tapisan kelayakan akan dimaklumkan melalui e-mel untuk panggilan sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 11 MAC 2022, JUMAAT.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Khas Raya Haji RM500 telah dikreditkan ke akaun: Semak senarai penuh penerima

Bantuan Khas Raya Haji RM500 telah dikreditkan ke akaun: Semak senarai penuh penerima

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Bantuan Tambahan RM1,000 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara memohon

Bantuan Tambahan RM1,000 untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Cara memohon

Dalam suasana ekonomi yang semakin mencabar ini, pelbagai jenis inisiatif, bantuan dan program telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada…
YADIM buka jawatan kosong dengan gaji RM2,078 - RM9,544: Syarat-syarat & cara memohon

YADIM buka jawatan kosong dengan gaji RM2,078 - RM9,544: Syarat-syarat & cara memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan…