Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Keselamatan USIM kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Keselamatan USIM
PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
- Klasifikasi Perkhidmatan: Keselamatan dan Pertahanan Awam
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
- Jabatan: Jabatan Keselamatan USIM
- Jadual Gaji: RM1,205 – RM2,939
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia; dan
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Memiliki Kepujian (C) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Lulus (D) bagi mata pelajaran Matematik dan 3 mata pelajaran yang lain pada peringkat PMR;
- Memiliki Kepujian (C) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Lulus (E) bagi mata pelajaran Matematik dan 3 mata pelajaran yang lain pada peringkat PT3.
Bidang Tugas
Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal USIM EIRIS V2. Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi urus setia di talian 06-798 8113/8125 atau e-mel ke: [email protected] (Noor Jannah Noorzan)/[email protected] (Norazah Md Yusup)/[email protected] (Siti Munirah Mohd Kamizi).
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 06 OGOS 2024, SELASA.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.
Maklumat Tambahan
Unit Keselamatan ini mula ditubuhkan pada tahun 2002 dan digabungkan dengan Unit Kenderaan yang dikenali sebagai Unit Keselamatan dan Kenderaan. Permulaan perjawatan di Unit Keselamatan hanya melibatkan seorang Penolong Pegawai Keselamatan dan juga 2 orang Pengawal Keselamatan yang dilantik bagi menjalankan penguatkuasaan dan kawalan keselamatan Kampus KUIM yang ketika itu terletak di Menara A, Persiaran MPAJ, Pandan Indah.
Pada awal penubuhan ini, pengurusan pentadbiran diuruskan oleh seorang Penolong Pendaftar meliputi skop pentadbiran keselamatan dan juga kenderaan manakala unit operasi keselamatan diuruskan oleh Penolong Pegawai Keselamatan pada ketika itu.
Pada Mei 2005 , KUIM telah memulakan perpindahan dari Bangunan Menara A, Persiaran MPAJ ke kampus tetap di Nilai. Menyedari kepentingan bagi memfokuskan satu-satu unit mengikut portfolio, maka pada tahun itu juga, Unit Keselamatan diberi kepercayaan bagi menguruskan perjalanan pentadbiran dan operasinya sendiri.
Justeru itu, Unit Keselamatan dan Unit Kenderaan telah dipisahkan pada tahun ini agar skop pentadbiran dan operasi dapat dijalankan dengan lebih terfokus. Pada ketika ini, Unit Keselamatan dan Kenderaan telah ditukarkan kepada Unit Pengurusan dan Keselamatan di bawah Jabatan Pendaftar dan pengurusan pentadbiran masih diuruskan oleh seorang Penolong Pendaftar manakala operasi keselamatan diuruskan oleh seorang Pegawai Keselamatan.
Menjelang 2014, organisasi Bahagian Keselamatan semakin berkembang pesat dengan jumlah staf yang ramai bagi mengawal keselamatan Kampus Tetap Nilai dan juga Kampus Cawangan di Pandan Indah. Saban tahun juga, Bahagian Keselamatan mendepani pelbagai cabaran dalam menjamin keamanan dan keselamatan kampus.
Sekali lagi, Bahagian Keselamatan diberi kepercayaan bagi penubuhan Jabatan Keselamatan. Oleh itu, berkuatkuasa pada 24 Mac 2014, Lembaga Pengarah Universiti serta Pengurusan Universiti telah bersetuju dengan penubuhan sebuah Pusat Tanggungjawab (PTJ) baharu iaitu Jabatan Keselamatan.