jawatan kosong MARDI

Iklan jawatan kosong MARDI ~ Ambilan Ogos 2024, minima PMR/PT3

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

PEMBANTU AWAM

  • Gred Jawatan : Setara dengan Pembantu Awam Gred H11
  • Taraf Jawatan : Contract for Service (CFS)
  • Pusat Tanggungjawab : Pusat Penyelidikan Padi dan Beras (PR)
  • Penempatan : MARDI Seberang Perai, Pulau Pinang
  • Gaji : RM1,500.00 (secara pukal)
  • Tempoh Perkhidmatan : 1 tahun

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah.

Bidang Tugas

  • Membantu kerja-kerja penyediaan anak semaian padi;
  • Membantu kerja-kerja penyelenggaraan tanaman padi di plot kajian ulat pengorek batang padi seperti meracun, membaja, mencabut rumput dan kerja-kerja lain yang seumpamanya;
  • Membantu melancarkan kerja-kerja berjadual bagi aktiviti pembiakan serangga (ulat pengorek batang) seperti penyediaan sumber makanan serangga, penyelenggaraan sangkar serangga dan kerja-kerja berkaitan yang seumpamanya;
  • Membantu menjalankan aktiviti pengambilan data dan eksperimen;
  • Mematuhi arahan pegawai dari semasa ke semasa.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang MDI.1 Pindaan 1/2013 dengan lengkap beserta dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan. Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara pos ke alamat seperti di bawah:

Pengarah
MARDI Negeri Pulau Pinang
MARDI Seberang Perai, Jalan Paya Keladi
13200 Kepala Batas, PULAU PINANG
(U/p: Puan Noryani Binti Mansor)

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan jawatan dan urusan temu duga adalah atas tanggungjawab calon sendiri.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 23 OGOS 2024, JUMAAT.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

Maklumat Tambahan

MARDI ditubuhkan dengan objektif utama untuk menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani. Akta MARDI 1969 telah membawa kepada penubuhan MARDI pada 28 Oktober 1969 dan ia telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1971.

MARDI diurus dan dipandu mengikut dasar dan peraturan yang diputuskan Lembaga Pengelola MARDI dengan persetujuan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani. Bagi perkara berkaitan kewangan, persetujuan Menteri Kewangan turut diperlukan. Majlis Sains MARDI pula memastikan program teknikal MARDI mencapai tahap kualiti dan keberkesanan yang maksimum.

Visi kepimpinan MARDI juga telah berkembangan daripada pembangunan keupayaan, penubuhan sistem penanaman dan perladangan ke arah pengkomersilan teknologi, pengurusan kualiti menyeluruh dan budaya kecemerlangan bagi mencapai pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Misi utama MARDI adalah memacu produktiviti dan kelestarian pertanian melalui penjanaan dan pemindahan teknologi moden, cekap dan kos efektif; memperkukuh sumber kewangan, kompetensi, fasiliti dan infrastruktur bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan serta meningkatkan visibiliti dan tadbir urus yang baik melalui pengurusan yang berkesan, cekap, telus dan akauntabiliti.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Air bersih merupakan elemen asas yang sangat penting dalam kehidupan harian manusia. Tanpa air yang selamat dan bersih, segala aspek…
Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, yang lazimnya berpendapatan bulanan kurang daripada RM4,850. Dalam…